Dapat Duit Kutu Siri 2

15 August 2010

Tahun ni, kali kedua aku join kutu. Tahun pertama aku join tahun lepas. Dengan lecturer-lecturer kat fakulti aku. Aku sorang jer yang bukan lecturer.

Salam semua gang kutu


Just nak remind, gaji bulan ni 10 september 2009. Gaji awal, maka penerima kutu bulan ni pun dapat duit kutu nya awal (3 hari slepas keluar gaji sebagaimana perjanjian kutu kita). Penerima kutu bulan ni ialah Puan Zuriahati dan Dr Sophiayati. So cam biasa bayaran kepada Shidah (d07) n saya (n28)

Lagi satu soalan, nak sambung main kutu lagi tak next month, boley ler bagi maklumbalas.

Terima kasih bebanyak, selamat berpuasa, mintak maaf banyak banyak salah dan silap..

Azlan 

Aku bukak emel yang atas, dah tergelak aku baca. Especially ayat 'Salam gang kutu'. Hehe. Benda-benda ni, perempuan jer ke yang join? Gang kitaorang ni ada ketua, ketuanya ialah Encik Azlan. So orang lelaki pun main tau.

Dah main dengan lecturer, siap ada perjanjian lagi tu. Memang perancangan rapi lah. Aku ikut jer.

Aku agak hairan. Kitaorang cuma main RM100 sebulan. Basic gaji lecturer boleh lah tahan bagi yang ada master. Yang dah gelaran doktor lagi lah tinggi. Belum lagi campur dengan elaun. Tapi kalo diorang main tinggi, tak mampu aku nak join kot bagi aku yang gaji seciput jer.

Tahun ni pulak aku join dengan saudara mara kawan aku. Aku tak kenal pun saudara mara kawan aku. Bila aku dapat tahu, kawan aku main kutu dengan saudara mara dia, aku cakap aku nak join.

Kalo ikutkan, masa dulu-dulu seingat aku..aku tak penah join benda-benda macam ni.

Tapi memandangkan aku ni boros, tak reti menyimpan, aku kena lah join. Faedah lah benda ni. Nanti ko dapat sedebuk duit, then ko boleh simpan ke nak beli apa yang ko inginkan selama ni kan. Ada jaminan sikit. Nak harap ko simpan tiap-tiap bulan dalam bank, jangan mimpi lah. (Aku cakap dengan diri aku).

Tahun lepas, hasil kutu aku buat melancong pergi Sarawak.

Petang tadi, member-member aku cadangkan beli kamera dan melancong kat Singapore or Bandung. Tak usah nak beli handphone mahal-mahal. Guna je yang sedia ada. Aku agak diorang ni mesti dah baca entry aku yang ni. Tq kawan. Muahhh sayang korang.


14 soseh-soseh:

Khairul Azmi August 15, 2010 at 6:58 AM  

wow..
lama dah tak main kutu ni..
mase skolah dulu kot last main...sekolah rendah dulu..
hehe..
sape kata laki tak main kutu..
hehe

Idalara August 15, 2010 at 7:34 AM  

idea yg bagus..main kutu..tp kat opis tu tk berapa kerat pun kalau ajak psti ada yg tk nk..

Wanie-san August 15, 2010 at 9:53 AM  

lama giler tak main kutu!
dulu slalu gak main..leh dpt duit sedabak..
skrg xde org nak main.huhu

CgMas August 15, 2010 at 9:55 AM  

Betul ke 10hb Sept dapat gaji. Staff di sklh akak kata macam biasa je...

aSmiDar August 15, 2010 at 10:00 AM  

Main kutu bess..
mase sek dulu main 0.50 sehari..
xde mmbebankan sangt..
kira macam menyimpan la..
tapi kna pastikan kita main dengan orang yang kita kenal..
bukan pe takut kna tipu je..
ketua plak mesti amanh...:)

Hamzah Ian August 15, 2010 at 5:30 PM  

fuhyooo.. laki takde main kutu pun..

~^CoKLaTsToBeRi^~ August 15, 2010 at 8:20 PM  

hihi
ingt masa sekolah rendah je pernah main kutu ni.
dapat duit sekepuk mmg heaven
sekarang pon macam nak main lagi
sebab diri terlampau boros
dan byk bnda yang diidamkan.
=)

dunspeak♥ August 15, 2010 at 9:39 PM  

penah main kutu masa zaman sekolah dulu2 jerk..,hehee

jejaka anggun August 15, 2010 at 9:49 PM  

lama giler dah x main kutu. last main zaman sekolah kot?

Dark Half August 15, 2010 at 10:53 PM  

main kutu ni best kalau geng sume ikut rule.last main ms skolah gak

Latest entry grafik novel gua ~ Kalau Aku Bendul Kau Apa?Bangang?

Mr.Z August 16, 2010 at 1:25 AM  

dah lama tak main duit kutu ni..
dulu time sekolah selalu la..lucu pun ada..

ozzy August 16, 2010 at 1:50 AM  

selamat berbelanja..betul tu nukan semua org jenis pandai menyimpan.. dapat je duit tgn panas je hehe

Sir Marcello August 16, 2010 at 3:12 AM  

masa praktikal kat TM dulu...makcik2 tue ada gak main kutu2 nie...siap tarik abang2 permanent staff lagi...

yang peliknya..yang abang2 tue pun join...sembang punya sembang..patut lah dia rajin travel..dapat duit kutu rupanya...

tapi mmg style pakai email tue...makcik2 nie pun did a same thing...invitation guna email...nasib bek aku trainee...kalo dak mmg dah join...

Robot Baik August 16, 2010 at 3:26 AM  

aku takkan main duit kutu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP