Saman anak 2 juta
16 July 2010
Hati si ayah mana lah yang tak sedih dengan kelakuan anak-anak yang sanggup buat apa je demi dapatkan harta pusaka (Baca sini). Mengurung si ayah selama 3 tahun kemudian dipaksa sain surat pindah harta. Anak jenis apa ni. Apa yang ada pada harta dunia jika tidak dapat keredhaan ibu dan ayah di dunia lagi. Bahagia ke? Memang patut si ayah tu saman anak-anaknya 2 juta. Biar ini jadi peringatan kepada anak-anak lain.
Mintak-mintak lah aku dijauhkan dari menjadi anak yang tidak mengenang budi. Akhirnya kita tak tahu siapa diri kita. Kita hanya berdoa supaya menjadi anak yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa. Lebih baik miskin di dunia tapi kaya dengan restu dan keredhaan ibu dan ayah.
Aku nak share kisah seorang pemuda beribu bapakan babi. Sangat menarik untuk dijadikan tauladan sesama kita. (Di ambil dari sini)
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
13 soseh-soseh:
bodoh punya manusia
sedih lah..skrg ni byk sgt pesen malin kundang moden..
eee takut angah baca n3 ann nie kenapa tergamak buat seorang bapa macam tue sekali.. ya allah dunia..dunia..
gua nk tumbuk guna kayu golf anak dia tu..biar padu sket.
setuju ann,
jasa ibubapa tiada ternilai dan sampai bila2 pun kita x dpt mmblasnya..
kisah ni ptt kita jd kan teladan
bercerita zaman sekarang..
..mampukah kita bercerita apa akan jadi dengan kita anak anak kita esok?..
Wallahualam..
bagus ko letak entri ni..leh wat jadi ingatan...harapnya leh la aku jadi anak soleh
kah kah kah...
bodoh punya manusia
sangap ngan harta pusaka
pastue jual..kaya kejap
nasib mak dia dah takda
kalo ada..kompem2 dapat tiket Vip kat neraka..
nasib baik kena saman..kalo kena cop sebaris cam setan cam mana? eh lebih teruk dari setan kot..
nampak sangat hidup dia penuh silaka~
vavi sangat manusia cam nie...dulu masa gua praktikal kat perlis pun ada satu kes macam nie..tapi ikut kata bini..damn!! bini tak solid mana pun...miyhahaha
kerana harta manusia lupa segalanya.
nikmat dunia sementara je..
h0h0..
itu lah realiti zaman skrang..
nasib mak ayah saya bukan owg kaya..
ya allah jauhkan lah saya dari bnda2 ni..
bila hidup bertuankan wang ringgit
manusia sanggup melkukan apa sahaja...
sian ek citer pakcik nih... x tau lah betul ker x...
@pelat
tu la smp ati wat kt ayah sndiri..mintak2 hrp ak takkn jd cmtu..
@hanie
dunia akhir zaman..dh makin byk
@yott
tu la, smg sama2 kita jd ank yg baik yg stiasa bbakti pd mak ayah..
@angah
dunia nk kiamat dh kot...tnda2 kecil kan...smg kita xjd sbhagian dr tanda2 ni
@hiro
sila kan hiro..kene ketuk br sedar kot
@aujinz
makin lama makin teruk...smg kita didik ank2 ngn didikn agama yg bek
@hemy
insyaallah sama2 lah kita yer...
@marcello
manusia kelabu mata ngn duit..xkesah pe balasannye, jnji dpt rase jd kaya jap...kalo bini solid cmne lak? haha
@daisy
mata dikaburi ngn kekayaan dunia...
@dedin
tu la kerana harta, kluarga bpecah belah..huhu..bsyukur je lah ape yg ade kan
@tehr
hati dh dibutakan ngn duit
@jejaka anggun
tu la kecian...kalo betul, mmg xptut
Post a Comment