Perjalanan Mike Tyson tunaikan umrah

20 July 2010

Kagum aku dengan perjalanan Mike Tyson yang terkenal dengan dulunya dia seorang yang jahat dan kini berubah sama sekali. Dulu aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu. Aku pernah tengok siaran langsung perlawanan akhir dengan peninju nama apa entah (aku dah lupa). Dia sanggup gigit telinga peninju tu sampai berdarah. Dalam hati aku jahatnya dia ni. Main tipu.

Alhamdulillah kini dia telah menerima hidayahNya. Semoga pengislaman beliau membuka mata banyak pihak untuk mendalami lagi Islam.

Ini antara komen beliau di wall Facebook dia.

I just left the Holy City of Mecca where I was blessed to have been able to make Umrah. Inshallah, Allah will continue to bless me to stay on the straight path. 


Di sini aku sempat cilok gambar dari Facebook beliau dan artikel di bawah ini dari Harian Metro.


DIA tidak gentar untuk berdepan dengan setiap lawannya di gelanggang tinju.
Dalam arena itu, Mike Tyson mencatatkan rekod sebagai peninju paling muda memenangi gelaran heavyweight Kongres Tinju Dunia (WBC), Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF).
Dia menang gelaran WBC ketika berusia 20 tahun 4 bulan dan 22 hari selepas menundukkan Trevor Berbick dengan pukulan TKO pada pusingan kedua.

Sepanjang kariernya, dia terkenal kerana gaya berlawan yang ganas dan menakutkan serta tingkah laku kontroversi baik di dalam mahupun di luar gelanggang.

Dia juga menjadi peninju heavyweight pertama memegang gelaran juara WBA, WBC dan IBF serentak, membolehkan dia dianggap antara peninju heavyweight sepanjang zaman.

Dengan gelaran 'Kid Dynamite' dan 'Iron Mike', Tyson memenangi 19 perlawanan profesional pertamanya dengan pukulan knockout, 12 daripadanya berlaku pada pusingan pertama dan dinobatkan sebagai 'juara yang tidak boleh dipertikaikan' apabila menundukkan Michael Spinks hanya dalam masa 91 saat pertama dalam perlawanan pada 28 Jun 1988 sebelum tumbang buat kali pertama kepada peninju tidak terkenal, Buster Douglas pada 11 Februari 1990 dalam perlawanan ke-43nya, di Tokyo, Jepun.

Tidak pernah terbayang orang sehebat dan segarang itu akan menangis.

Tetapi, itu yang sebenarnya berlaku pada Iron Mike dua minggu lalu. Dia menangis di Raudah di Masjid Nabawi, Madinatul Mukarramah.

Dia menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad (SAW).

"Saya tidak dapat menahan air mata apabila mengetahui saya berada di satu daripada taman syurga," kata Tyson merujuk kepada Raudah.

Dia menghabiskan masa beberapa jam berzikir, bersolat dan melakukan ibadah lain dalam masjid berkenaan.

Itulah pengalaman spiritual bekas juara tinju itu ketika ketika kali pertama menjejakkan kaki di Tanah Suci untuk melakukan umrah sejak memeluk Islam ketika dalam penjara pada 1990-an.

Kunjungannya selama seminggu itu, termasuk lawatan ke beberapa bandar Arab Saudi, diatur oleh Persatuan Dakwah Kanada, badan yang banyak menguruskan lawatan selebriti Islam baru menunaikan ibadah itu.

Dalam laman twitternya beberapa hari kemudian, peninju itu berkata: "Saya baru saja meninggalkan bandar suci Makkah selepas selesai tunaikan umrah. Insya Allah, semoga Allah terus merahmati saya dengan menunjukkan dan mengekalkan saya di jalan yang benar." Tyson yang nama asalnya Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika pada 30 Jun 1966 dan memeluk Islam ketika di penjara pada pertengahan tahun 1990 tetapi hanya mengumumkannya secara rasmi selepas keluar pada 1995, sekali gus menukarkan namanya kepada Malik Abdul Aziz.

Pengumuman pengislamannya menarik minat ramai, baik yang Islam mahupun yang bukan.

Bagi penganut Islam, ia khabar gembira kerana selain lagenda tinju, Muhammad Ali, kini seorang lagi peninju hebat memeluk Islam.


Tetapi ada juga yang bimbang kerana menganggap Tyson, seperti segelintir selebriti lain, hanya akan mencemarkan agama itu dengan tabiat buruknya termasuk terhadap wanita dan penyalahgunaan dadah, lebih-lebih lagi dengan tatu pada mukanya, walaupun selepas mengisytiharkan dirinya Islam.


Bagi yang sememangnya anti-Islam, bukan saja mereka mencemuh pengislaman peninju itu, bahkan mereka turut mengambil kesempatan menghina Islam dengan lebih buruk lagi.


Ada yang mengulas kemasukan Islam Tyson dengan berkata: "Memang sesuailah orang jahat sepertinya (Mike Tyson) masuk agama itu." Penghujung karier Tyson boleh dianggap tragis. Dia meninggalkan dunia tinju dalam keadaan serba sederhana walaupun sepanjang kariernya itu dia meraih pendapatan berjumlah kira-kira AS$300 juta.


Bayaran AS$5 juta untuk pertarungannya yang terakhir dengan Kevin McBride yang berakhir dengan kekalahannya, digunakan untuk membayar hutang.


Tetapi dia berkata, dia lebih senang dengan kehidupan tanpa wang yang banyak.


Dalam temuramah di Petersborough, Britain minggu lalu, Tyson berkata, dia tidak lagi berminat untuk bertinju. Malah dia menganggap dia mensia-siakan kehidupannya dengan bertinju.


"Saya tidak mempunyai ego lagi. Saya berasal dari miskin. Dan kini saya mahu hidup sederhana," katanya.


Apabila ditanya sama ada dia sudah menemui kedamaian, Tyson berkata: "Saya tidak boleh berkata, 'Ya, saya sudah tenteram.' Sebenarnya kini saya penganut Islam yang setia. Banyak kesilapan yang saya lakukan dulu. Kini saya terpaksa melakukan kebaikan bagi menghapuskan dosa lalu. Saya mahu jadi hamba kepada sesuatu yang lebih agung daripada saya," katanya kepada beratus-ratus penonton yang datang untuk mendengar temuramahnya.


10 soseh-soseh:

Wanie-san July 20, 2010 at 3:57 PM  

alhamdulillah...terbukak jugak pintu hatinya...moga kita pun di beri hidayah supaya menjadi insan yg lebh baik...:))

Aku July 20, 2010 at 4:09 PM  

rahmat allah sentiasa bersama hambanya~

Fitrihadi.com July 20, 2010 at 6:17 PM  

semoga ramailah yang berminat untuk memeluk dan menjadikan islam panduan hidup diorang

Mak Su July 20, 2010 at 6:29 PM  

maksu baru saja tahu yng dia masuk islam....dah bertahun2 ek... huhuhuuh, low profile, good, caiyuk2 mike tyson

MOFASAD July 20, 2010 at 8:42 PM  

owh.. dia dah masuk islam lama eyh>?

Anonymous July 20, 2010 at 11:04 PM  

dulu selalu gak ngan abah aku tengok tinju nie..

kalo tak silap dia gigit telinga evander holyfield...

Unknown July 21, 2010 at 1:46 AM  

tak tau la plak si mike ni masuk Islam. syukur.

Amar Alis July 21, 2010 at 1:47 AM  

lagi sorang boxer ikut jejak Muhammad Ali ni.

Ann July 22, 2010 at 6:43 PM  

@wanie
alhamdulillah...smg lebih ramai akan mgikut jalanNya

@daisy
yup..itu nikmat Nya diberikan kpd smua hambanya

@fitri
insyaallah..terharu kan baca kisah dia

@maksu
erm dah lama dah..mula2 tu tkejut gak..tu la org jahat pun leh jd baik akhirnya..tu psl kita xleh nk kutuk n maki...

@farid
dh lama dah..95 lagi

@marcello
aah ye la..aku cuma igt depan huruf peninju tu ada huruf H
mmg best la tinju ni..xminat gusti

@ries
rupanye ramai xtau eh...yep alhamdulillah

@robot baik
smg lebih ramai lg

Anonymous January 26, 2011 at 5:27 AM  

Great information! I’ve been looking for something like this for a while now. Thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP