Nak sambung belajar..lebih senang sekarang

23 July 2010

Bagi sesiapa yang nak sambung belajar dalam Ijazah Sarjana (Master) mahupun Phd, tak perlu peningkan kepala lagi dengan pelbagai kemudahan kewangan ataupun biasiswa disediakan oleh UTM.

Tapi ini hanya dalam master dan Phd based on research sahaja. Bukan coursework.

Apa itu research? Aku terangkan secara ringkas. Research ni anda perlu cari satu tajuk untuk dijadikan tajuk tesis, apa yang boleh diperbaharui untuk tajuk tersebut...ini bermakna perbaiki ataupun cari kaedah lain untuk perbaiki tajuk lama yang ada orang lain dah buat, hasilkan kertas kerja/research paper dan akhir sekali tulis tesis selepas anda dapat result dan analysis sekali.

Coursework? Macam degree ataupun diploma, ada kelas, ada assignment, kuiz, ujian dan exam.

Biasiswa ni merangkumi yuran dan elaun bulanan bagi pelajar tempatan. Untuk pelajar luar negara, biasiwa hanya merangkumi yuran sahaja. Untung budak zaman sekarang. Kenapa lah masa zaman aku nak sambung belajar tak ada kemudahan-kemudahan ini semua. Aku hanya mengharapkan elaun dari ketua projek.

1-Biasiswazah Zamalah UTM Klik sini

2-Application for UTM Institutional Scholarships (Local & International Students) Klik sini


Jadi sesiapa yang nak sambung belajar, apalagi..jom lah.

5 soseh-soseh:

Anonymous July 24, 2010 at 1:52 AM  

naK sambung master pun tak tahu bila nak buat..huhuhu

Ann July 24, 2010 at 3:04 AM  

erm nti bila rindu nk study datang, sambung lah kot nti hehe

Anonymous July 24, 2010 at 3:46 AM  

wa nak kawen..xmo pikir study..miyahaha

tehr July 24, 2010 at 1:45 PM  

sapa2 yg ada peluang tu jangan malas
kadang2 peluang ni tak mahu datang banyak kali

Ann July 24, 2010 at 9:54 PM  

@marcello
cepatnye nk kawen....ko laki..xpe lambat2..hehe

@tehr
betul2..kene grab...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP