Juara 5 kali kecundang

03 July 2010


Netherland vs Brazil 2-1. Walaupun aku sokong Netherland, aku rasa Brazil akan menang perlawanan ini sebab dari segi rekod pencapaian, Brazil lebih baik sebab memegang title juara piala dunia sebanyak 5 kali. Berbanding Netherland yang tidak pernah kejuaraan piala dunia langsung. Pencapaian terbaik ialah naib juara.

Tadi tengok sama dengan member aku kat luar. Sangat ramai yang turun sampai tak cukup kerusi.

Bagi aku perlawanan tadi memang menarik walaupun ada keputusan pengadil dianggap kurang adil. Macam tadi aku ingat kan Wesley Sneijder akan dapat kad kuning bila menahan bola menggunakan tangan.

Kad merah tu memang patut diberi kepada pemain Brazil,Felipe Melo sebab memijak pemain Netherland, Arjen Robben. Tapi mutu pengadilan kali ini kira ok lagi lah. Biasalah memang susah nak jumpa perlawanan yang betul-betul adil.

Tadi memang ramai kecewa. Barisan depan aku dalam sepuluh orang, cuma sorang dua yang sokong Netherland. Bayangkanlah berapa ramai yang frust?

ps: Terpikir nak tulis entry ni selepas baca blog joegrimjow.

7 soseh-soseh:

ain fathihah fhm July 3, 2010 at 8:33 AM  

selain ramai yg frust, ramai yg kalah judi juga sebenarnya. sebab lepas habis match malam tadi, berderet2 orang masuk kedai tempat saya keja, sambil maki2 brazil, n cakap, hbis duit aku, hbis duit gua, n bla3. heh..

[noriza] July 3, 2010 at 9:59 AM  

laa ramai lagi yan bertaruh rupanya T_T

Unknown July 3, 2010 at 1:39 PM  

eh! brazil kalah ek? tu la kejutan byk la kat piala dunia ni.. ape2pun hope belanda ke final... hehe

MOFASAD July 3, 2010 at 2:26 PM  

hahahahaah


2la.. ronaldinho brazil men teruk!

Firol July 3, 2010 at 6:29 PM  

nasib tak menyebelahi even keeper terhebat di dunia ada masa loser jugak...bola bulat dan storynya berpusing

Linglung July 4, 2010 at 4:13 PM  

pemain brazil bila dah kena 2 bijik..dah kalut, emosi lebih, serba-serbi dah tak menjadik

Ann July 5, 2010 at 9:23 PM  

@ain
aih ramai melayu ke yg bjudi? uish stakat tgk n sokong xpe lah...biar padan muka depa..sape suh bjudi

@iza
sush nk hilang sikap taik judi ni..

@nick
yep sama lah hrp belanda ke final, n jd juara

@farid
aih sejak bila ronaldinho main dlm world cup kali ni? haha
kalah sbb dia xmain kot..

@firol
keeper hebat tp dia ttp manusia biasa gak..pertahanan pun kene kuat gak, xleh nk hrp keeper jer

@linglung
nak main, emosi kene tenang..kalo x, serba tak kene lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP