Argentina yang bukan Argentina
04 July 2010
Kecewa sangat bila lihat Argentina main malam ni. Kena belasah dengan Jerman 4-0. Apapun memang Jerman miliki kombinasi pemain yang mantap. Percaturan Maradona tak menjadi. Dia kena belajar lagi.
Pertahanan yang sangat teruk. Serangan yang serba tak menjadi. Memang patut kalah. Kelemahan Argentina setakat semua perlawanan yang aku dah tengok sebelum ini ialah dari segi pertahanan dan malam ni dah terbukti.
Betul lah kata adik aku, Mizi petang tadi. Dia sokong Argentina tapi mesti Jerman yang menang. Sebab Argentina lebih kepada kuasa perseorangan tapi Jerman lebih kepada semangat berpasukan. Apapun aku harap tu tak menjadi kenyataan.
Kena cuba lagi lah 4 tahun akan datang.
Kunci nak halang Jerman, halang Jerman dari gol awal untuk elak Jerman yang akan lead game. Korang rasa macam mana?
Lepas ni semi-final, Spain atau Paraguay yang akan bertemu Jerman. Siap sedia lah bagi fans Spain sebab team ni antara yang ramai sekali sokong.
ps: Tinggal satu jer pasukan pilihan aku iaitu Netherland.
update: Sepanyol vs Paraguay 1-0. Jerman bakal berjumpa Sepanyol di semi final. Aku nak sokong sape antara dua ni ek? Teringat final Eropah 2008 dulu Jerman vs Sepanyol. Aku sokong Jerman masa ni. Tapi Sepanyol menang jadi juara. Jerman cuma naib juara. Sokong Jerman lah kot nanti. Entah lah...masih berbelah bahagi.
6 soseh-soseh:
ann aku sokong germany dari awal..tp bile game aku tak perasan aku duk sokong argentina at least die melawan la skit.. tp semalam aku hampa..aku jangkakan tentangan sengit dari argentina..tp inilah kenyataannya..
betul kot sotong ni predict : hehehe
http://whenheartspeaksup.blogspot.com/2010/07/encik-sotong-bernama-mr-paul-predicted.html
mmg germany semalam mmg mengejutkan! sbb dorg boleh bg 4biji! sama mcm england ari tu... hebatlah jerman rasanya dorglah juara thn ni..
sila sokong spain!
+___________+
Spain masih di hati gua :))
haha..xsangka aka ni minat betul dengan bola yek..tantah fantasy football tu pun dia main jugak kat rumah..hehe
@iza
sedih betul aritu..sedih sbb main entah ape2..kalo kalah scra bermaruah takper lah...aish geram lah...
@nick
diorg smgt berpasukan tggi..pertahann pun kuat...perthanan england ngn argentina lemah..dh style diorng main scra serangan..
@farid
nti aku ikut kata hati..masa game baru tau kot..hehe
@linglung
smg spain tak lukakan hati lu...hehe
@botak
hehe dulu pernah lah main fantasy football, zmn dgree...slalu jual beli pemain, mcm tauke bola lak..hehe
Post a Comment