Filem Ombak Rindu

27 July 2010

Aku dapat tahu dari kawan serumah aku. Novel 'Ombak Rindu' karya Fauziah Ashari akan difilemkan. Serius novel ni sangat best. Memang jadi kegilaan lah dikalangan kawan-kawan aku yang minat novel dulu.

Harapnya filem sama best dengan novel. Tapi aku lebih suka dijadikan drama bersiri. Lebih feel sebab siaran drama lebih panjang.

Pelakon:
Aaron aziz-hariz
Maya karin-izzah
Lisa surihani-mila

Mesti ramai lelaki diluar sana berpusu-pusu nak tengok lisa ni.

Sinopsis novel :
OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

ps: Tadi layan drama 'Kau laksana bulan', alahai asyik sengih sorang-sorang je tau.

10 soseh-soseh:

AngahSayang2314 July 27, 2010 at 9:50 AM  

macam best jer cerita nie tapi kan ann kalau angah rasa baik dia buat bersiri kan??kan???

Aku July 27, 2010 at 10:48 AM  

zaman sekolah dulu,suka sangat dengan watak izzah tu.lemah lembut,cun..ececeh..cam pernah jumpa pulak

Izni July 27, 2010 at 10:59 AM  

ku ingatkan nasha aziz rupanya maya karin daa.. :P

virda July 27, 2010 at 11:08 AM  

betul ckp angahsayang tu,baek buat siri,ala..asal maya karin jadi izzah plak?? tak pucuk muda laen ke?? ish..terbantut ambe nak tgk

hanie July 27, 2010 at 11:34 AM  

lorhh..boring lah ade lisa surihani..
tiz zaqyah pun ok ape..
hahahaha..

yerp..buat drama bersiri lg feel kot..

Mak Su July 27, 2010 at 11:36 AM  

sinopsis nya mmg masyuk.... tak saba nak tunggu ceritanya pula di panggung

yott July 27, 2010 at 11:50 AM  

dah lama x baca novel
tp selalunya filem dgn novel x sama..
contoh mcm filem ayat2 cinta...novel sgt best..bila difilem kureng

Aujinz July 27, 2010 at 12:17 PM  

uhh.. jadikan filem trilogi takpe..
kalau satu filem jer..

mesti banyak kena tapis..

Cik Zura July 27, 2010 at 5:10 PM  

waa...xsabar nk tguu...tp pelakon2 tu, mxm xsesuai jer...maya karin jd izahh???xsesuai la...xda feel aku rasa nnt...

Cik ira August 10, 2010 at 12:15 AM  

btol 2 cik zura, rase cm xngam je maya karin jd izzah.. aik tiz ok jdi izzah n mila 2 amik lah y cm fazura ke? or org len lah.. kn2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP