Bahaya Facebook dan Twitter
25 July 2010
Bekas pencuri yang kini menjadi paderi, Richard Taylor, berkata pada ketika dulu penjenayah memperoleh maklumat daripada posmen atau penjual susu.
Kini semakin ramai ada akaun Facebook mahupun Twitter. Aku pun ada. Dulu aku ketagih dengan Facebook. Siang malam aku hadap Facebook. Tapi mujur aku tak arif guna Twitter. Mahu juga ketagih nanti.
Bahaya kedua-dua ni bukan sahaja boleh menyebabkan ketagihan. Tapi juga mejadi alat bantu kepada para pencuri untuk mengesan rumah yang kosong dan berpotensi masuk.
Melalui kajian 50 bekas pencuri dikendali syarikat insurans More Than, kebanyakan penjenayah meluangkan masa secukupnya menyelidik sasaran mereka sebelum bertindak.
Kajian More Than menunjukkan, 68 peratus pencuri mengaku mengumpul maklumat mengenai rumah sasaran dan rutin penghuninya sebelum bertindak.
Jadi jangan lakukan perkara berikut di Facebook dan Twitter. Laman sosial lain pun sama juga tau.
1- Tarikh lahir dan tempat kelahiran
Jangan sekali-sekali memaparkan dengan lengkap di profil anda. Sebab ini membantu pencuri untuk menceroboh kewangan anda. Identiti ini sering diperlukan apabila membuka akaun bank dan kad kredit.
2-Memberitahu tempat anda berhibur/jalan-jalan/lepak
Ini salah satu cara lain dengan mengatakan, "Silakan rompak saya,” jika menulis status, "Oh ya saya sedang ada di Hotel Ritz Carlton, bla-bla-bla" di Twitter Anda. Boleh beritahu sudah pulang ke rumah tapi jangan sesekali beritahu jika anda baru je nak keluar.
3-Alamat sekali
Jangan sekali-kali paparkan okey!
Sebanyak 12 peratus bekas penjenayah pula berkata, mereka sering menggunakan rangkaian laman web sosial untuk membuat penyelidikan.
Ada lagi tips tak?
Sumber
9 soseh-soseh:
wahh, terima kasih for the tips ! :)
jgn bg info lengkap..iigatt.
blue ghost tu mesti hantu lucah.
tips yg berguna
x penah skema smpai nak taip detail profile
Latest entry grafik novel gua ~ Aku Pilih Neraka!
tips berguna. terima kasih ann
wah! menarik jgk.. thnkz ye kak kasi info ni!
p/s=selamat kt fb sy xletak alamat...
malang nasib kalau terkena rompak sbb fb atau twitter
info yg cukup bgus..teruskan usaha anda.
ann betul ke??? hohohohooo kena berwaspada la macam nie
Post a Comment