Anugerah Piala Dunia

04 July 2010

Terdapat empat anugerah individu iaitu Kasut Emas, Bola Emas, Anugerah Yashin dan Pemain Muda Terbaik.

Anugerah Kasut Emas diberi kepada penjaring gol terbanyak dalam Piala Dunia FIFA. Tahun 2002, Ronaldo dan tahun 2006, Miroslav Klose. Maybe kah Klose bakal mendapat kasut emas lagi? Aku sokong Jerman dan kelab Wender Bremen tak lama dulu sebab Klose jer.

Anugerah Bola Emas diberi kepada pemain terbaik dalam satu kejuaraan Piala Dunia, dengan satu senarai pendek oleh jawatankuasa teknikal FIFA dan pemenang diundi oleh wakil daripada media.Tahun 2006, Zinedane Zidane mendapat anugerah ini. Peristiwa dia mendapat kad merah selepas menanduk Materazzi ketika final, sampai bila-bila pun akan diingati.

Anugerah Yashin dianugerahkan kepada penjaga gol terbaik dalam satu kejohanan Piala Dunia. Anugerah ini dinamakan sempena penjaga gol Kesatuan Soviet terkena, Lev Yashin. Oliver Kahn (2002) dan Gianluigi Buffon (2006). Buffon merupakan penjaga gol termahal dunia dan sekarang aku tak pasti sama ada dia masih memegang rekod ni lagi.

Pemain Muda Terbaik dianugerahkan kepada pemain terbaik dibawah umur 21 tahun. Baru jer pertama kali dianugerahkan pada tahun 2006. Lukas Podolski mendapat anugerah ni pada tahun 2006.
Siape yang bakal bergelar juara baru?

Sumber: wiki

5 soseh-soseh:

niesz July 4, 2010 at 6:57 PM  

ggoooollllllll!!hihi...

botak July 5, 2010 at 12:35 PM  

buffon paling mahal dulu..juve beli dia dari parma 2001 dulu..waktu tu juve borong beli player bnyk2 termasuklah pevel nedved,thuram,trezeguet,buffon dan marcelo salas..duit dia bnyk waktu tu sbb jual zidane ke real dan inzaghi ke milan..haha dulu aku sokong juve..tp final ucl 2003 klh penalti dgn milan.esoknye g sekolah kena kutuk dgn kwn2.cis

AngahSayang2314 July 5, 2010 at 12:47 PM  

ann agak2 ann sapa????

Ann July 5, 2010 at 9:14 PM  

@niesz
sape yg goalll? haha

@botak
haha kecian kene gelak..eh dulu pun aku sokong juventus gak...entah nape..dulu jer lah...skng barcelona

Ann July 5, 2010 at 9:14 PM  

@angah
nak netherland menang!hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP