Pelakon Winter Sonata bunuh diri

30 June 2010

Drama Winter Sonata ni drama korea pertama yang aku tengok. Ingat lagi masa ni aku kat matrikulasi. Memang dapat sambutan lah dikalangan student-student kat blok aku.

Tadi bukak Berita Harian online terkejut dengan tajuk 'Pelakon Winter Sonata bunuh diri'. Pelakon (Park Yong-ha, 33) ni agak kiut miut jugak dan hero kedua dalam drama ni. Entah apa puncanya yang menyebabkan dia bunuh diri tapi betapa mudahnya dia ni ambil jalan singkat untuk lari dari masalah. Senang betul buat keputusan.

Dia ni ditemui tergantung dengan wayar pengecas bateri telefon bimbit di kediaman rumah di Seoul. Kuat betul wayar ni kan...

Drama pertama yang dilakonkan ialah Theme Theater (1994) ketika berumur 17 tahun. Bukan saja pelakon yang popular tetapi juga penyanyi yang berjaya di Korea dan juga Jepun. Pernah memenangi beberapa award sepanjang pembabitan dalam dunia seni. Nampaknya populariti dan kekayaan tidak dapat menjamin kebahagiaan.

Bunuh diri makin meningkat dikalangan orang muda di Korea. Di Jepun, ia sudah menjadi masalah besar yang harus ditangani.

4 soseh-soseh:

HEMY June 30, 2010 at 2:00 PM  

takut sebenarnya kena bunuh..tp mmg dh byk kes bunuh diri kat korea n jepun...

AngahSayang2314 June 30, 2010 at 2:25 PM  

tue la nak buat macam mana.... tue jer jalan penyelesaiannya... sayang kan ann

NICK IRFAN July 1, 2010 at 4:23 AM  

huh! pelakon ni bunuh diri ke? sbb ape ni??? putus cinta ker?

Ann July 3, 2010 at 3:13 AM  

@hemy
erm msih dlm siasatan...tu lah dh jd serius

@angah
jln singkat...agknyer jiwa diorg ni kosong

@nick
mybe korea kalah kt piala dunia kot...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP