Cuai dan Pelupa

29 June 2010

Korang pernah tak terlupa ataupun cuai? Sikap ni kan macam dah serasi dengan aku. Aku selalu pikir macam mana nak berubah. Sebab tu aku suka tengok orang yang sentiasa cool and relax je. Bukan gelabah macam aku ni.

Aku selalu tertinggal purse dalam bakul motosikal. Selalu lah jadi macam ni. Kadang-kadang teringat gak tertinggal barang tu, tapi sebab malas nak pergi ambil...aku pikir.."Esok pagi jer lah ambik....tak hilangnya". Rumah berpagar. Selamat lah melainkan ada orang panjat pagar.

Kalo pergi shopping, biasanya aku letak purse dalam bakul. Lepas tu boleh lak tetiba cuak cari purse. Mula lah selokar dalam seluar. Pastu tanya member ada nampak tak purse aku. Tup tup tup dalam bakul je. Tensen member tu. Sori ye.

Kalo aku letak barang..padahal baru jer beberapa minit. Dah boleh lupa letak kat mana. Sabar jer lah. Haru satu badan. Bengang sebab sikap sendiri yang mudah lupa.

Kalo cari barang lagi lah, tak jumpa-jumpa padahal depan mata je. Kadang-kadang cari misalnya handphone ataupun kunci..punya lah cari tapi rupa-rupanya dalam poket seluar je. Ni kira ok lagi. Tapi yang tak sedar tengah pegang barang tu? Memang marah diri sendiri jer lah.



Asalkan jangan jadi macam dalam video ni. Sangat lawak lah. Menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Sedap sungguh gelakkan orang lain. Diri sendiri pun entah bila pandai drive.



8 soseh-soseh:

NICK IRFAN June 29, 2010 at 4:57 AM  

sian pun ada nak tergelak pun ada? hehe ape2pun sy ske yg masa dia nak parking lambat sgt org belakang yg tolong parking keta dia? hahahaha

Farid MOFASAD June 29, 2010 at 8:29 AM  

cakap ngan aku umah ko kat mana?

senang aku nak amek purse ko. hehehe

[noriza] June 29, 2010 at 9:27 AM  

aku plak slalu 'ilang' purse dalam handbag sbb banyak sgt kompartment T_T

En iLham June 29, 2010 at 11:39 AM  

hehe.pernah jugak berlaku macam tu pada saya
mmg kene alert lah
pernah jugak tertinggal dompet dalam bakul motor seharian
nasib baik takde sape amek
pernah juga tertinggal kunci bilik kat luar tombol bilik
haha
macam2

AngahSayang2314 June 29, 2010 at 11:53 AM  

ann biasanya memang berlaku macam tue macam nie.. ada jer yg berlaku kan???

yg penting jgn gelakakan org

DuniakuAbstrak June 29, 2010 at 3:34 PM  

sama la mcm aku..penah cari kunci x jumpa2..padahal dalam poket je..haha

niesz June 29, 2010 at 10:45 PM  

hihi..xpe..lpas ni jgn cuai2 lg ek..

botak June 30, 2010 at 12:34 PM  

cuba makan kismis 1 hari 7 bijik..masa aku upsr dulu cikgu aku paksa satu kelas mkn kismis ni..akak try laa..nt cuba tengok lupa lg ke tak dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP