Lemah?
15 June 2010
Frodo Baggins said...
merokok boleh lemahkan sperma bak kata parit buntar tp sikit2 xper arrr bg diskaun skit. ekekekeke >>___<<
Dulu..dah lama, adik lelaki aku ni mengadu kat aku. Dia cakap dia takut minum air soya. Lebih kurang macam ni lah dialognya.
"Aritu..ayah ar bawak balik air soya....aku tak amik pun. Aku terbaca minum air soya ni..sperma boleh jadi lemah. Aku takut nak minum dah sejak baca tu". Sambil buat muka gerun. Rupanya orang lelaki takut sperma jadi lemah.
Dia ni memang suka budak. Kalo ada budak datang rumah, selalunya dia akan usap-usap kepala budak tu. Pernah jugak dia cakap selepas dia tengok tiga orang beradik ni (sangat comel)...katanya ,dia tak sabar nak kahwen nak ada anak sendiri. Umur pon lum masuk 20 tahun masa tu. Aku fikir, biar betul budak ni? Study pon tak habis lagi macam mana nak sara anak orang.
Malah adik aku yang bongsu and 2nd bongsu lebih rapat dengan dia. Aku jeles ok!
Agak-agak kan kalo aku bagitahu adik aku ni bahaya rokok sampai sperma boleh jadi lemah, dia berhenti tak? Aku rasa aku nak cuba lah. Tunggu balik kampung dulu.