Demam World Cup

07 June 2010

Bahang bola sepak dah makin terasa. Masing-masing tak sabar nak lihat pasukan faveret beraksi kan bagi para peminat bola. 

Korang nak tengok game mana dan sokong sape? Dalam bola sepak kali ni, antara game yang aku nak tengok ialah Argentina semestinya, Netherland, Perancis, England. Brazil, Itali, Jepun semestinya, Sepanyol dan Jerman.

Pasukan yang aku nak tengok diorang main, tak semestinya aku sokong diorang. Cuma pasukan-pasukan tu boleh dikatakan gergasi dalam sukan bola sepak. Jadi semestinya menarik kan.

Aku cuma sokong Argentina, Netherland dan Jepun jer. Dulu aku sokong Brazil tapi Brazil kali ni macam dah kurang menyerlah. Semalam Netherland mengalahkan Hungary(xsilap lah)..6-1. Maybe mempunyai peluang yang cerah untuk pergi lebih jauh.

Pasukan mana jadi juara? Semestinya Argentina. Kenapa? Sebab Argentina mempunyai penyerang yang hebat seperti Lionel Messi dan penyudah yang baik iaitu Diego Milito..kalo dilihat masa final Champions League. Namun aku harap Diego Maradona dapat bimbing pasukan dengan baik lah. Aku tak tahu samada dia boleh jadi jurulatih yang bagus walaupun dia pemain lagenda dunia.

Apa ramalan korang lak?

update: Housemate aku dah beri kebenaran tengok bola kat TV. Cuma hari Selasa jer jangan kacau pasal banyak cerita best. Thank you so much!  Love U..Muah3x. Big hug!


14 soseh-soseh:

chybee June 7, 2010 at 4:38 PM  

chybee sokong deutschland! :D

amin June 7, 2010 at 5:11 PM  

argentina pemain hebat coach tak hebat :P..sepanyol pasukan terbaik dumia..brazil pun hebat walaupun kurang permain ternama

Ann June 7, 2010 at 5:52 PM  

@chybee

german? yup pasukan yg best nk dilihat :)

Ann June 7, 2010 at 5:55 PM  

@r-mean

aah ramai pemain yg hbt..hrpnyer coachnyer same hebat ngn kualiti pemain yg ade..

dulu brazil byk sgt bintang, mybe tu antara punca kalah kot...skng ni mybe de peluang kot kan....

Wanie-san June 7, 2010 at 7:51 PM  

saya buta bola!serius!xtahu langsung pasal bola..huhu

Ann June 8, 2010 at 10:53 AM  

@wanie-san

hehe takpe..biar buta bola, jgn buta mata...

Firol June 8, 2010 at 11:33 AM  

GERMANY JUARA KEEMPAT TAHUN NI

Mr. Asada June 8, 2010 at 2:21 PM  

team brazil yg skrg ni, wlupun tak byk star, tetap takleh nk pandang mudah.. kejut2 diorang menang tahun ni. hahaha..

Ann June 9, 2010 at 12:58 PM  

@firol

oho pyokong jerman yer..ok tgk nti bjya ke tak

Ann June 9, 2010 at 12:59 PM  

@asada

aah mybe de peluang...suka tgk diorang main...rindu eh pmainan bola brentak samba ni..

fndrocka June 9, 2010 at 6:02 PM  

england!

Ann June 9, 2010 at 11:53 PM  

@fndrocka

england lg.. :P

botak June 11, 2010 at 1:16 AM  

cik akak nye oi..
diego milito lah..
bukan daniel milito..
dia main hembus je

Ann June 11, 2010 at 1:20 AM  

@botak
ak pun konfius gak mula2 diego ke daniel....aku pun rembat lah daniel..ngehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP