Contest Gambar Best by Asada
07 June 2010
Ok. Tak pernah-pernah aku upload gambar peribadi dalam blog aku. Aku pernah cakap kat Naim masa kat kenduri kat Selangor, aku takkan upload gambar sendiri kat blog. Alamak, nampaknya aku terpaksa melanggar apa yang aku telah cakap kan. Huhu... sori.
Sebab semata-mata 'Contest gambar best by asada' ni. Tergoda aku tengok hadiah piramid kristal tu..dari Egypt tu eh...saper tak mau kan?
Erm ok. Kenapa aku pilih gambar ni?
Aku tak pastilah gambar ni boleh dikategorikan gambar yang cantik ke tak kan, sebab bukannya guna kamera DSLR. Aku pilih gambar ni sebab ada cerita yang menarik disebalik gambar ni.
Semasa awal tahun 2007 kat Singapore, aku dengan kawan-kawan melancong kat sana. Jadi, tempat pertama kitaorang singgah ialah The Merlion. Tempat ni memang sesak dengan pelancong-pelancong yang sibuk mengambil gambar. Jadi kena sabar sikit lah kalo nak ambil gambar kan..sebab ada jer yang lalu lalang depan kamera.
Dalam-dalam keasyikan kitaorang nak ambil gambar, tiba-tiba seorang yang bagitahu ada sekumpulan pelancong nak ambil gambar dengan kitaorang. Aku agak orang tu tourist guide dan pelancong-pelancong tu memang dari Korea. Apalagi, kitaorang sangat excited sebab ada orang Korea nak bergambar. Ingat senang ker dapat peluang macam ni?
Kawan aku yang pegang kamera masa tu, Zura. Kecian kat dia, dia sedih tak dapat bergambar sekali sebab dia tukang amik gambar. Kitaorang cuma mampu gelak jer lah kan. Kawan tengah sedih, kitaorang gelak lak. Sangat tak baik.
Comel jer orang-orang Korea tu sebab excited betul bila dah bergambar dengan kitaorang. Tapi sayang, ada masalah komunikasi. Kitaorang senyum, diorang senyum. Sepanjang hari, kitaorang asyik tergelak jer bila teringat pagi tadi. Tu antara pengalaman paling manis.
Aku agak pelancong-pelancong tu nak bergambar dengan kitaorang sebab bertudung kot. Masa malam tu kat Pulau Sentosa, ada sorang pelancong China nak bergambar dengan aku, berdua. Tapi sayang, kamera orang tu. So takder simpanan lah.
Sekian.
14 soseh-soseh:
lepas ni boleh buat folder baru utk simpan gambar..letak nama "gambar bersama pelancong asing"..hehe
mungkin dia rase pelik napa budak pompuan nih tgh2 panas tutup litup mcm tuh. gile ker?
ahaks!!
wallaweh! tQ ann sudi join.. gud luck!
asada dah check semua. cuma tak letak banner kat sidebar je lagi. nti letak ea, utk inform kat org lain gak ada contest ni. (^^,)
**hahaha.. diorang ingat orang singapore kot. tu yg iye2 nak ambik gambar sama2..
hehe...gmabr ni jugak yg ko letak ann...menimbulkan perasaan terkilan aku tu balik...hehehehe..knp xletak gmbr lawa2 skit..gmbr aku ke..kehkehkeh
hehe...gmabr ni jugak yg ko letak ann...menimbulkan perasaan terkilan aku tu balik...hehehehe..knp xletak gmbr lawa2 skit..gmbr aku ke..kehkehkeh
mesti ko rasa glemer kan..ekekeke
@botak
stakat 1 gmbr, tak perlulah nk wat folder khas hehe...aku excited sbb masa tu demam korea..
@jejaka anggun
mybe kot, pelik pans2 leh pakai tudung...
@asada
alamak bangga jap..haha...
thanks penyertaan ku diterima..
@ cik zura
haha aku dh agak ko mesti terkilan..ngeh3...
ok ar tu, ak ltk nama ko kt n3 aku ni..hope ko tak lg terkilan..hehe
@hemy
terasa glamer tu xlah...tp terasa comel ke aku ni..org nk bgmbr ngn aku kan haha...
cett perasan..kalo comel, dh lame aku kawen...
wahhh...glemernye die :)
@sijari telunjuk
haha mmg klakar la, tiba2 org nk bgambar....
Post a Comment