Undang-undang baru di Piala Dunia

20 May 2010

Ada undang-undang baru yang bakal diperkenalkan nanti kat Piala Dunia 2010. Undang-undang sepakan penalti ni diperkenalkan oleh para penggubal undang-undang bolasepak.

Undang-undang baru tersebut adalah,

"Para pemain dibenarkan untuk menggelirukan lawannya semasa larian sebelum sepakan dilakukan namun pergerakkan badan semasa mengambil sepakan adalah dianggap satu penipuan dan tindakan sedemikian haruslah ditegah sama sekali."

Sebab undang-undang baru ni diperkenalkan,

Undang-undang baru ini diperkenalkan kerana tren pemain berhenti secara tiba-tiba untuk melihat arah penjaga gol semasa penalti semakin menjadi-jadi di dalam liga sekitar Amerika Selatan.

Tindakan yang akan dikenakan jika di dapati bersalah ialah,

Pemain terbabit juga akan terpaksa mengambil sepakan semula sekiranya didapati bersalah, demikian ujar Setiausaha Agung Badan Induk Bolasepak Dunia FIFA, Jerome Valcke pada mesyuarat yang dipengerusikan Presiden FIFA, Sepp Blatter.

Untuk membantu lagi proses pengadilan,

Pengenalan peralatan elektronik seperti ulang tayang video dan juga kamera di hadapan gol akan juga digunakan bagi membantu pengadil untuk mengenalpasti insiden yang berlaku di dalam permainan bolasepak moden yang semakin pantas.

Baguslah undang-undang ni diperkenalkan sebab nak elakkan penipuan. Kesian kat penjaga gol tu nanti. Dah siap penjaga gol tu plan macam ni, tiba-tiba pemain tu dapat detect lak cara penjaga gol tu tangkap bola macam mane kan... Boleh jadi juga penjaga gol tu boleh salah agak atau tertipu dengan arah datangnya bola.

Siyes beb aku memang tak sabar nak layan piala dunia ni.

Aku teringat kata-kata kawan aku,

"Minum diod...makan diod... tido diod".  Masa ni asyik study diod jer....






0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP