Hasil judi untuk pembangunan negara

19 May 2010

Aku baca blog AkuPenglipurLara pasal lesen judi bola ni. Aku paling tak terima sebab yang dinyatakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein dalam meluluskan lesen judi bola.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Aku ingatkan setakat  kerajaan  nak meluluskan  lesen sahaja. Bab ni aku memang tak setuju sebab luluskan lesen bermaksud menghalalkan judi.  Tapi yang paling aku terkejut, hasil judi tu akan digunakan untuk memajukan sukan negara. Astaghfirullah al azim.

Aku bertambah-tambah tak paham pemikiran menteri kita yang beragama Islam ni. Tak tahu kah dia, apa akibatnya menggunakan hasil haram. Tak heran lah nanti kalo bidang sukan negara kita makin merundum. Dah lah sukan negara kita masih tak maju-maju. Aku tak nak negara aku hancur disebabkan pemikiran sebahagian pemimpin yang tidak berfikiran panjang dan b***h ni. Cukup-cukup lah buat tindakan b***h seperti ni. Geram!

Aku kagum dengan Brunei. Aku harap kerajaan kita sila lah mengambil contoh negara Brunei yang terus haramkan arak, judi dan pelacuran.


Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini. Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. – AP
ps: Kes ni telah myebabkan aku makin tak suka dengan kepimpinan sekarang. Menteri Kawangan lak Najib ketua kepada Datuk Awang Adek. Agak-agakkan idea siapa yang usulkan ek? 

4 soseh-soseh:

hanie May 19, 2010 at 12:09 PM  

confirm la jahanam terus negara pastu.

Ann May 19, 2010 at 1:55 PM  

tu ar psl...geram jek.....

areltzsenseiblogspotcom May 19, 2010 at 6:55 PM  

ntah pe jadik ngn negare kiter ni kan?pemimpin dh baek..tp dasar lak jahanam...

Ann May 20, 2010 at 12:32 PM  

dasar cmtu wujud psl de pemimpin cmtu gak lah....mcm2 dunia akhir zaman skng ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP