Kenangan Piala Dunia

20 May 2010

Piala Dunia 1998.
Masa ni aku Form 2. Masa ni aku penyokong tegar Ronaldo dan Brazil. Sampai aje sekolah, takde dah topik lain jadi perbualan mesti sentuh pasal bola ngan Ronaldo. Budak-budak lain pun sama je. Bila Brazil kalah masa final, aku memang kecewa yang amat.


Piala Dunia 2002. 
Masa ni aku matrik. So layan bola dengan kawan-kawan kat bilik TV je la. Rupanya ramai peminat bola. Masa ni yang bersinar Ronaldinho la. Aku peminat dia dan Brazil. Tak ketinggalan aku sokong Jepun jugak. Oh mesti kene sokong pasukan Asia gak sebab kita kan orang asia. Ada satu game Jepun lawan apa ntah, masa ni semua student kene pergi dewan. Aku sesorang je ponteng sebab semata-mata nak tengok Jepun main. Aku tengok kat cafe pasal ada astro. Lagipun tak boleh tengok kat bilik Tv nanti kantoi.


Piala Dunia 2006.
Masa ni aku LI kat Kuantan jer. So aku tinggal kat rumah. Boleh la aku layan bola ngan famili aku. Masa ni aku dah jadi peminat Messi sejak aku tengok dia main masa final piala dunia remaja. Jadi bila piala dunia, semua game Argentina aku layan jer semata-mata nak tengok Messi main. Entah siape gantung jadual perlawanan kat dinding rumah. Bukan main besar jadual tu.

Kat umah jer, mesti berborak pasal bola ngan ayah n adik-adik aku. Bincang pasal table. Berapa mata. Team ni kena dapat berapa mata lagi nak pergi next round. Sampai mak aku dok geleng-geleng kepala tengok kitaorang anak-beranak. Kat opis, pun sama. Berborak dengan abang-abang tempat keje aku pasal bola. Ayah aku memahami kot minat aku sampaikan ayah aku sanggup amik aku kat umah nak pi layan kat kedai. Kalo ikutkan ayah aku boleh je pi terus ke kedai lepas keje.

Piala Dunia 2010.
Nampaknya layan kat rumah sewa. Entah ada geng ke tidak nak layan bola sesama.

Itu kenangan piala dunia aku lah yang sempat aku coretkan. Lain orang lain lak dia punyer kenangan kan. Paling best bila layan bola ramai-ramai. Dia punyer sorakan tu lain macam lah.

ps: Dah 3 kali berturut-turut entry pasal bola ni.



6 soseh-soseh:

hemy May 20, 2010 at 12:20 PM  

aku pn layan byk kali dah piala dunia..ada ngan kawan kolej, ada ngan housemate..macam2

Ann May 20, 2010 at 12:27 PM  

tu ar byk kenangan kita kumpul ngn org kt skliling...sdih pilu marah hepi..mcm2 perasaan

hanie May 20, 2010 at 1:09 PM  

pontes kelas sb nk tgk bola..
hahahaha...mengong btul ase masa tu..

Ann May 20, 2010 at 1:45 PM  

nasib 4 tahun sekali jer jd mengong haha...

anisizaty May 20, 2010 at 7:22 PM  

haha teringat masa fifa 2002, semua berebut newspaper nak tengok score and gunting gambar player yang handsome.hahahaha

Ann May 21, 2010 at 11:09 AM  

haha tak nah gunting player agi....tp mmg ramai player2 yg hensem ar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP