Tak terbalas jasa

09 May 2010

Setiap kali aku balik, mesti emak aku senyum je. Sanggup tidur lewat nak berborak dengan aku yang jarang-jarang yang balik. Termasuk ayah aku pun sanggup tidur lewat nak jumpa anak sulung dia ni.

Dulu ketika aku Form 1, aku pernah kena demam. Beberapa minggu aku tak datang sekolah. Sepanjang aku demam, aku jarang-jarang makan dan aku tak mahu ambil ubat. Pahit. Emak ayah aku risau apa-apa pun aku tak nak. Bila aku perut aku lapar, aku cakap nak makan. Cepat-cepat mak aku ambilkan nasi. Tu pun sesuap jer aku makan. Bukan mak aku masak tak sedap, tekak aku yang tak sedap. Padahal hari biasa, mesti bertambah aku makan. Emak aku risau sangat sampaikan dia mengadu kat jiran-jiran. Jiran-jiran pun datang nasihat kan aku makan.

Ketika aku berumur 6-7 tahun, aku pernah runtuhkan almari baju. Habis baju bersepah. Aku selalu panjat almari tu, entah kenapa haritu boleh runtuh. Maybe jisim aku makin bertambah. Aku dah takut. Emak aku nampak, dan dia tak marah pun. Suruh aku bersiap-siap pergi sekolah dan baju-baju tu biarkan dia yang kemas.

Bila aku datang Johor nak sambung belajar, mak aku yang sedih. Katanya baru je nak tengok aku duduk dekat dengan dia. Dah lama sangat merantau.

Bila zaman degree, emak aku selalu call aku tanya aku ada duit ke tak. Emak aku pesan kalo sengkek, jangan diam je. Selalunya emak lebih paham perangai aku macam mana. Kalo aku diam je tak banyak bercakap, ada lah tu yang tak kena. Mak aku tahu kalo aku tak suka something aku takkan cakap.

Pernah jugak kebetulan aku sakit, emak aku telepon. Macam tahu-tahu jer aku tak sihat. Masa aku form 5, aku dapat tahu mak aku eksiden dan kaki sebelah patah. Langgar lari. Beberapa tahun jugak mak aku lumpuh. Dalam kelas ketika cikgu mengajar, tiba-tiba aku menangis. Entah kenapa. Padahal aku jenis yang susah nak menangis lagi-lagi depan orang. Ada kawan yang tahu dan bagitahu pada cikgu aku yang mengajar masa tu. Walaupun keadaan mak aku yang tak terdaya, dia masih mampu membesarkan anak-anak yang ramai.

Memang tak terbalas jasa mak. Tu belum lagi campur dia mengandung dan melahirkan kita dengan susah payah. Aku harap aku diberi kesempatan yang banyak oleh Tuhan untuk membalas jasa-jasa emak sebelum terlambat.

3 soseh-soseh:

Frodo Baggins May 9, 2010 at 7:44 PM  

weeeee ~~~
selamat hri ibu buat mak ...


>>___<<


((sayang sellu ... untuk selamanya))

adi May 9, 2010 at 8:39 PM  

yup, mmg tak terbalas kan ? :)

hanie May 9, 2010 at 11:24 PM  

siapa tak sayang mak....heheheh ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP