Gara-gara Hindustan

08 May 2010

Baru je lepas tengok cerita hindustan, Maan. Tak salah aku 'Maan' bermaksud hati. Happy betul aku tadi bila cerita Maan ditayangkan kat TV3 tadi. Sedih lah ending tadi. Sedih bercampur terharu. Si perempuan tu tak tunaikan janji pada lelaki tu untuk jumpa setelah 6 bulan sebab dia jadi cacat dan taknak dia jadi beban pada lelaki tu. Bila lelaki tu dapat jumpa perempuan tu dan tahu awek dia cacat, dia still terima. Susah tahu nak jumpa lelaki macam ni yang dapat terima apa jua keadaan si perempuan tu. Oh tidak, aku dah mula berangan untuk bertemu dengan lelaki macam ni.....

Aku ni memang peminat cerita hindustan sejak cerita kuch kuch hota hai. Padahal sebelum tu tak lah layan pun. Masa form 3, ayah aku mengadu kat guru kelas aku masa pjumpaan guru dan ibu bapa, pasal ayah aku risau sangat minat aku ni. Mana tak nya, cerita hindustan 3 jam. Jumaat sabtu aku layan. So aku habiskan 6 jam. Yang menyebabkan ayah aku mengadu kat cikgu, sebab subjek Math aku dapat C masa mid term exam. Dia marah sangat.

Ayah aku dah cakap lama dah, kalo keputusan exam aku teruk, dia akan pergi mengadu kat cikgu. Boleh lak tiba-tiba Guru Hep datang kebetulan ayah aku ada. Anak dia satu kelas dengan aku. Dah tu ayah aku, cikgu dengan guru hep tu berbincang pasal anak-anak masing yang suka tengok tv. Macam perjumpaan luahan perasaan. Aku diam je perhati diorang. Kawan-kawan aku dah senyum-senyum kat aku sambil buat gaya 'Haaaa.....'.

Aku rindu cerita hindustan masa zaman Shah rukh khan, amir khan dengan Salman Khan. Cerita zaman tu macam ada something yang tak ada pada cerita zaman sekarang.

P/s: Tadi kuar berita pasal kereta ketua polis dah ditemui semula. Penjenayah tu siap tinggalkan nota minta maaf. Ada hati dan perasaan juga penjenayah tu rupanya. Macam-macam.





0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP