Seronok sebenarnya

07 May 2010

Sejak aku Form 4, aku tinggal kat asrama. Masa ini aku dapat tahu mak aku bakal dapat anak seorang lagi (ke 11..agaknya). Aku dah ada 10 orang adik-beradik masa ni (kalo xsilap kira). Memang terkejut sebab setahu aku, mak aku cakap tak nak mengandung dah, dan asyik cakap adik aku yang last masa tu (lebih kurang 3-4 tahun kot)...anak bongsu.

Sebenarnya aku memang tak nak ada adik lagi dah masa ni. Entah lah, maybe dah ramai sangat kot. Sebelum aku tinggal kat asrama, aku rasa sangat-sangat serabut. Susah nak study. Tu yang aku study sungguh-sungguh supaya aku dapat asrama dan jauh dari adik-adik aku yang ramai tu. Bukannya aku tak sayang. Aku sayang. Sampai berak diorang pun aku basuh. Lagi-lagi mak ayah aku kerja masa aku Form 3. Bayang kan lah betapa sukarnya layan macam-macam karenah.

Bila aku dapat asrama, mak aku berhenti. Mak ayah aku memang nak sangat anak-anak dia pergi lebih jauh dalam pelajaran. Dah masuk asrama, baru lah aku terasa sangat rindu kat adik-adik aku dulu. Betapa rindunya aku kat diorang. Waktu masak sama-sama, kemas rumah sama-sama walaupun kena marah dulu baru nak buat. Setiap kali aku balik kampung, adik-adik aku yang kecil serang aku dari semua arah. Rindu betul diorang ni..tak sempat bagi aku peluang nak rehat. Bila fikir semula, sampai hati aku berfikir macam tu kat diorang. Rasa bersalah memang ada.

Kira-kira 2-3 tahun lepas, baru aku dapat tahu mak aku dah 'ikat' selepas lahirkan anak yang ke-13 (seorang dah meninggal selepas aku). Masa ni sedih sangat, aku nak adik lagi. Seronok ada adik kecik ni. Sangat comel muka diorang masa senyum, gelak, menangis dan marah. Aku lebih suka waktu diorang marah, sebab tu aku suka usik diorang. Pernah mak aku marah aku sebab aku tak habis-habis usik. Seronok bila ramai-ramai berkumpul dan aku tak suka suasana yang sunyi selain waktu aku buat kerja lah.

ps: Aku ada kawan yang adik-beradik lebih ramai dari aku. 14 ke 15 orang macam tu. Kawan aku lebih muda dari aku. Tu la first time aku jumpa lebih ramai dari aku.

5 soseh-soseh:

adi May 7, 2010 at 3:50 PM  

ramai, best !
aku ada sorang adek je. wuhuu. naseb kezen ramai

Ann May 7, 2010 at 6:14 PM  

mesti manja adik yg sorg tu.....hehe
ramai2 mmg best tp tgk time gak ar...erm slalunye mmg best ar.

k2r May 8, 2010 at 5:23 PM  

ahakz bile durunk x de sunyi .. tp bile ade saket otak plax

Ann May 8, 2010 at 5:49 PM  

tu ar manusia, tak nah bsyukur.....

kitatauke May 9, 2010 at 5:23 PM  

salam perkenalan...
best adik beradik ramai...kl tunggal atau ber2 je dlm family....alangkah tak bestnye....mase kecik...mmg rase azab..huhuhu...tapi bile dah besar...sesekali balik raye...seronoknye.....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP