Nak tau hati lembut atau sebaliknya?

03 May 2010

Masa aku kerja dekat IIS tahun 2008, aku berborak dengan seorang kawan yang lebih muda setahun atau 2 tahun. Dia bertudung labuh, orangnya alim-alim dan aku memang suka berborak dengan dia sebab dia peramah dan bukan sekadar berborak kosong. Dia lebih matang dari aku.

Dia cakap lebih kurang macam ni la selepas aku luahkan masalah aku kat dia, "Kalo nak lihat sifat seseorang sama ada hati dia lembut atau tidak, lihat pada bilik dia. Biasanya bilik yang kemas, menandakan hati dia adalah lembut. Bilik yang bersepah, bermaksud hati dia sebaliknya".

Aku rasa pendapat dia memang ada betulnya.

1-Supervisor master:
Sangat bersepah. Dah cukup lah, aku tak nak menambahkan dosa menulis pasal dia.

2-Ketua projek
Aku kerja dengan dia sekarang. Bilik dia memang kemas. Cuma atas meja lah sikit bersepah. Maklumlah dah buat kerja, mesti berterabur atas meja. Dia sangat baik. Kalo aku dapat cheque lambat, dia akan pinjamkan duit dia dulu. So far, aku dah pinjam RM++++. Tahun lepas, pagi lagi dia dah YM aku (aku ingatkan dia nak bagi aku kerja). Rupanya dia ajak aku main kutu. Bulan lepas, dia call aku dan sekali lagi aku ingat dia nak bagi kerja, rupanya dia ajak aku wat facial kat bilik dia. Dia sangat sporting dan baik sangat. Dia kalo bercakap jer, mesti dia gelak..bila dia gelak, aku pun terikut gelak. Memang kelakar.

3-Supervisor PSM
Masa final year, semua student wajib buat PSM dan masing-masing akan dapat supervisor yang ditentukan oleh fakulti. Bila aku dapat tahu seorang lecturer ni jadi supervisor aku, aku terus down. Sebab aku takut dengan dia, aku ingatkan dia garang dan cara dia cakap macam tengah marah. Sebenarnya tak kalo orang dah kenal dia. Lama-kelamaan barulah aku tahu dia seorang yang sangat baik, tak kedekut ilmu, selalu tolong aku bila aku stuck, kalo aku terlupa or tak paham sumthing, dia akan terangkan semula. Muka serius jer dan cakap macam nak marah orang, tapi bila dia bercakap jer, aku mesti nak gelak sebab dia buat lawak. Aku dah gelak, muka dia still serius. Bilik dia memang kemas dan dia seorang lecturer lelaki.

4-Lecturer-lecturer kat jabatan aku

Aku lihat bilik diorang semua kemas. Diaorang semuanya peramah dan bila berborak dengan diorang, macam berborak dengan kawan yang sebaya. Padahal diorang dah cecah 30 dan anak-anak dah sekolah pun. Ada jer yang bagi aku makanan.


So lepas ni, rajin-rajin lah kemas bilik Biar tak cantik asalkan tersusun.

ps: Bilik aku kemas ke? Ermm........



13 soseh-soseh:

waniesan May 3, 2010 at 10:03 PM  

btl2!!
kekemasan bilik boleh mencermin perangai n sifat seseorg...

Fatt Chin Choy May 3, 2010 at 10:34 PM  

oh kalau kat rumah aku x kemas sgt
kat opis kemas lak
camana tu? hehe

berd May 4, 2010 at 12:16 AM  

mana ada. pandai-pandai kau je.

tak tak.

aku tak terima. kehkehkeh

Ann May 4, 2010 at 12:28 AM  

mknanyer ko seorg yg brubah2..kjp baik, kejap x bek..hahah

Ann May 4, 2010 at 12:28 AM  

lps ni bilik kene sntiasa kemas lah...huhu

Ann May 4, 2010 at 12:31 AM  

eh berd, nape xtima...
aku rasa mybe bilik ko bsepah kan....xleh tima kenyataan hehe...

Ann May 4, 2010 at 12:35 AM  

flexible kalo btmpt ok la, kalo x...org dikeliling tensen beb...kihkih

norfarariyanti May 4, 2010 at 12:40 AM  

bilik I kemas kan ann mase kat JB dulu..haha..

Ann May 4, 2010 at 12:46 AM  

aku akui bilik ko kemas tol....ko grg giler diluar, rupenya dlm hati ada taman...haha

naim May 4, 2010 at 7:59 AM  

alamak...nak kemas bilik skrang la...hahaha!!



ps:wehh, kenapa aku xleh tinggalkan komen kalau guna akaun google mcm sebelum nie? kenapa tinggal disqus,openid dgn yahoo?? kemana google ?

hanie May 4, 2010 at 8:35 AM  

meja keje semak, bilik agak kemas, rumah sgt kemas..err..camne tu?

heheheheh :P

Ann May 4, 2010 at 9:42 AM  

org pom suka laki yg pgemas..ko kan cari calon, hehe

ps: aku de gak try godek2 disqus ni tp google xde pun...mybe aku yg xjmpe...huhu

Ann May 4, 2010 at 9:44 AM  

meje keje semak..tu biasa lah..
ermmm hati lembut kot...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP