Hampir accident

27 May 2010

Tadi aku hampir-hampir accident dengan lori. Dah sampai ke bank, dah turun dari motor, aku masih terketar-ketar lagi. Sengal punyer lori. Geram aku.

Nak masuk simpang pun, tunggu lah aku dah jalan dulu sebab aku masa tu bawak laju dan dah dekat pun ngan ko, ko memang tak sempat nak belok dah.  Lagipun aku kat jalan besar. Dah la bagi signal lambat. Nak belok baru nak bagi signal. Betul-betul kepala lori dah berhenti depan aku dan  kalo aku cepat beberapa saat je lagi, aku memang tak sempat nak elak dah. Pastu dah elak lori tu, aku hampir nak bertembung dengan parit besar. Bengang tahap gunung everest dah ni.

Sebab tahap terkejut yang amat, aku teruskan jer. Kalo tak aku nak berenti dah marah-marah kat driver lori tu. Macam mana leh dapat lesen entah. Len kali sabar bila drive tu, jangan sebab nak cepat ke apa, nyawa orang lain dalam bahaya.

Geram aku bila ada pemandu buat jalan macam dia punyer.

Nasib baik tindakan refleks aku cepat dan pantas. Tindakan refleks tu macam bila tangan terkena panas, dengan cepatnya tangan menarik dengan pantas. Lebih kurang macam tu lah maksudnya. Tapi dalam kes ni, takkan nak terlanggar lori dulu, baru nak elak...nak elak macam mana, dh berlanggar dulu. Tersentak bila terkejut, ni pun dah kira tindakan refleks. Betul ke apa yang aku merapu ni?

Terer jugak aku kan dalam merempit ni.

ps: Aku kat belah kiri. Lori tu dari bertentangan nak belok masuk simpang belah kiri aku. Patutnya lori tu berhenti dulu.

6 soseh-soseh:

hans May 28, 2010 at 12:59 PM  

walaweh
gila cuak
lori kut

hanna May 28, 2010 at 5:41 PM  

memantapkan skill rempit ann tuh...bgs2...alhamdulillah tkde pape yang serious ek...:)

ASaDa RyutaRo May 29, 2010 at 12:09 AM  

alhamdulillah.. masih lagi ber-update blog ni.. heee =)

hati2 di jalan raya.. kadang2 tu kita dah hati2, tpi orang lain plak yang tak reti nak berhati-hati.. berjantung-jantung je kot..

Ann May 31, 2010 at 9:49 AM  

mmg cuak giler time tu...rasa mcm jntung nk jatuh...

Ann May 31, 2010 at 9:51 AM  

nsb bek ak xlost control time tu...ish kalo x....
hehe terer aku kan...

Ann May 31, 2010 at 9:55 AM  

tq...alhamdulillah umur ak msih pjg...

tu ar psl, hrp2 drebar lori tu len kali beringat2...kene hati2..jgn bawak lori sesedap hati jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP