Anti cikgu

28 May 2010

Masa hari guru baru ni, aku ingat nak buat entry pasal seorang cikgu aku ni. Tapi masa tu agak sibuk sikit so tak dapat nak menulis panjang-panjang. Aku pun tak pasti lah sama ada n3 aku kali ni boleh panjang ke tidak. Biasanya n3 aku tak berapa nak panjang dan tak berapa nak pendek. Aku rasa lah. Kalo salah sila betulkan aku.

Ok teruskan bercerita pasal cikgu aku ni. Cikgu ni cikgu english aku masa form 5. Ramai orang gelar dia cikgu GTO. Dan macam dalam drama GTO tu, dia pun ada student-student yang memang tak suka kat dia. Termasuk aku. Aku rasa perasaan tak suka aku tu sangat menonjol terhadap cikgu tu.

Kenapa aku tak suka cikgu ni? Masuk dalam kelas, suka bercerita yang takde kaitan dengan silibus pun..kadang-kadang cerita tu dah banyak kali diulang dengar. Perasan handsome. Lagi-lagi...cukuplah bukak aib orang. Aku rasa tak per kot sikit-sikit sebab aku tak bagitau pun nama cikgu tu.

Disebabkan perasaan tak suka aku tu sangat menonjol, pernah member kelas tegur aku, jangan benci sangat kat cikgu tu, nanti dia datang Kuantan...jumpa mak ayah aku..masuk minang..baru tahu. Aku pun opppsss! Tak mahu! Tak mahu! Tak mahu! So aku pun cuba lah mengurangkan sifat tak suka aku tu.

Pernah satu hari tu, cikgu aku tu tiba-tiba kuar dari kelas dalam keadaan merajuk. Tiba-tiba jer, aku pun tak tahu. Rasanya sebab dia terasa hati. Aku pun cepat-cepatlah cakap, " Aku tak buat apa-apa pun". Betul haritu aku sangat baik.

Ada satu hari kitaorang satu kelas keluar rehat. Kitaorang memang suka-suka hati kuar rehat bila takde waktu kelas padahal lom waktu rehat pun lagi. Memang dah macam tu budaya kat sekolah aku ni.  Member-member lain kat gerai-gerai kecik. Aku sesorang je kat kaunter utama sebab nak beli kuih jer.

Tiba-tiba nama aku dipanggil dan aku sangat cam suara tu. Aku berpaling dan nampak cikgu tu berdiri jauh. Malu beb sebab sebut nama aku kuat-kuat. Cikgu tu datang dekat ke arah aku dan berbahasakan ' Saya awak'. Geli jek.  Lepas tu siap suruh aku belanja dia makan. Patutnya cikgu tu yang belanja aku. Aku pun jawab lah, 'Sikit jer duit'. Siap merayu-rayu lagi. Dalam hati aku,'Please lah cikgu ni cepat-cepat lah pergi'. Malu tahu makcik kantin tu dah pandang lain macam. Macam aku ada skandal lak dengan cikgu tu.

Member aku pernah bagitahu aku, cikgu aku tu pernah beritahu dia suka bila aku jawab soalan entah pe lagi member aku tu beritahu. Aku pun, 'Biar betul cikgu ni'. Seram pun ada. Aku rasa pernah jawab soalan sekali jer, tu pun terpaksa sebab satu kelas kena berdiri. So aku tak nak berdiri lama-lama, aku pun jawab lah kan.

ps: Sebab tu result english aku teruk kot. Moralnyer kena hormat cikgu tau..ingat tu adik-adik!

8 soseh-soseh:

berd May 28, 2010 at 8:53 PM  

susah beb nak jadi contoh kat orang lain ni.

cikgu kena pandai ambik hati pelajar. nak nak kalau pelajar yang jenis samseng baju tak masok dalam.

ASaDa RyutaRo May 29, 2010 at 12:04 AM  

hahahaha.. so pengakhirannya cmna? cikgu tu datang kuantan melamar ko tak? hahaha..

Mr.Z May 29, 2010 at 7:15 PM  

risau gak kalau ada cikgu jenis camtu. setakat ni, tak pernah la nampak cikgu jenis camtu lagi. hehe

firol May 29, 2010 at 9:18 PM  

bukan cikgu je org lain pun agak tak suka diam je

Ann May 31, 2010 at 9:38 AM  

dia mybe cuba amik hati pelajar, cara dia kot xleh nk terima...ssh ghupenya nk jd cikgu ni...

Ann May 31, 2010 at 9:39 AM  

eh xde lah...member tu acah2 jer...haha
mujur x berlaku....

Ann May 31, 2010 at 9:41 AM  

mmg dia lah cikgu plg pelik pernah ak jumpe...pernah dtg kelas ngn suar jeans, tshirt putih pendek ngn gmbar naga, ngn tali pinggang berkulit....kalo org tak tau dia cikgu, mesti dh igt bukan2....

Ann May 31, 2010 at 9:44 AM  

tak suka...ada lah sbbnyer, biarlah rahsia...bkn saje2 tak suka...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP