Boring topik ni
31 May 2010
Cuti baru ni aku balik kampung. Macam biasa topik pasal kahwin kalo dah balik kampung. Tak habis-habis aku diserang dengan macam-macam soalan dari mak aku dan adik-adik aku tak kira kecik..besar. Naik sesak aku nak jawab. Akhirnya aku diam je..malas nak jawab. Tiga hari aku duduk kampung, selama tiga hari lah jugak aku kena tadah dengar pasal ni.
Yang ayat paling dasyat keluar dari mulut adik aku, si Mizi. Dia ni tak sabar nak ada abang sorang lagi kot.
Mizi: 'Aku tengok ko ni kan Ana macam takde perasaan kat lelaki jer'.
Aku: 'Ko ingat aku ni lesbian ke?'. Aduyai macam tu sekali anggapan adik aku. Tergelak aku dengar tau.
-----------------
Ni perbualan lain. Adik aku lelaki, Wan yang keja sebagai chef dah siap tanya aku, nanti kenduri aku...nanti nak masak lauk apa. Entah dia ni..pelik jer tiba-tiba cakap pasal ni. Aku dengar je lah apa dia nak cakap.
Dengan semangatnya adik aku ni mencadangkan idea-idea dia yang bernas: 'Aku suggest nanti kenduri ko kan...masak lauk lemak....bla bla bla.... nanti biar aku masak'.
Salah satu idea lain,'Nanti aku buat ikan berdiri, bukannya ikan baring mcam tu.' Aku agak ni cadangan nak buat lauk pengantin ni. Macam-macam lah.
Em baguslah lom apapun lagi dah ada orang nak offer masak kan. Tapi adik aku ni cerewet..bukan sikit..banyak, rasa takut lak nak ambil dia memasak. Haha...
Tiba-tiba adik aku Mizi ni sampuk,
'Masalahnya sekarang ni, calonnya tak de lagi'. Hampeh tol adik aku yang sorang ni.
-----------------
Mak aku ngan ayah aku lak. Pernah rancang nak panggil orang Tanjung Api. Katanya orang sana masak sedap.
Ni yang peritnya jadi anak sulung dalam famili. Layan aje lah karenah diorang.
12 soseh-soseh:
hahahha..buat2 tak paham sudey..,
x pun suh jek adik2 naik pelamin dulu..apedehal..
saya dari syarikat mencari jodoh..
jodoh yang tinggal ada 5 sahaja
iaitu
1 frodo
2 berd
3 alvin
4 takamine
5 singgplus
sila pilih mana nak..
kalau berminat sila hubungi saya
eh! hahaha slumber je tnye mcm tu? adoi... eh! tp sy pun nk bgthu jgk klu akak dh kwin nnt jgn lupa jemput sy tau! lalala...
tu ar.....sorang-sorang tanye..nek penat nk jwb...hehe
erm dh ckp pun, sape2 nk kawen dulu..kawen lah...dgn syarat, bg cincin...hehe
maaf farid, 5 calon tu mana minat kaum aku...hehe
tu ar, entah apa dipikirnyer....mybe dia tgk akak dia ok jer single mingle...cm tak kesah je...hehe
oh no problem...nti akan diwarwarkan dlm blog kalo kawen lah..
RUGI KALAU TAK MINAT WEH~ DIORANG BAIK....
HAHAHA
ramai yg baik....tp ape yg mbuatkan diorg bbeza dr org len? haha
mmg boring la ann topik nih...aku pon kene gak cm ko...at least ko sebulan or 2bulan skali kene tanye...aku nih?...dh kat umah sepanjang mase...ape nak jawap?...huhu...
geram..tktau nk ckp ape dah....
tu ar psl....ak 3 hari pun...xtahan...hehe sabar yer jon...ko wat xtahu jer lah...
ala, sabar sahaja. saya pun macam awak juga.
asyik tanya bila nak kawin huhuhu
@amin
o ye ker? awk len...awk lelaki..lewat takpe...hehe
Post a Comment