Lagenda Budak Setan

25 April 2010

Filem Lagenda Budak Setan berdasarkan novel karya Ahadiat Akashah akan ditayangkan tidak lama lagi. Aku tengok trailer pun dah cukup menarik aku untuk ke pawagam. Hero nya ialah Farid Kamil dan heroinnya ialah Lisa Surihani. Lepas ni berpusu-pusu lah peminat-peminat Lisa Surihani dan Farid Kamil ke pawagam. Aku suka Fazura sebab dia pandai berlakon.

Dulu pun aku salah seorang peminat karya Ahadiat Akashah. Hero yang digambarkan dalam novel beliau mesti sangat handsome, kalo kaya sangatlah kaya sehingga menjadi perhatian-perhatian wanita-wanita termasuk aku (berangan). Begitu jugak dengan watak heroin, mesti seorang yg sangat cantik sehingga tak der wanita yang boleh setanding. Sebab tu boleh jadi perhatian si hero.

Aku paling nak tahu ending filem ni. Punyalah baca dari awal sangat best, tup tup sampai ending??Nanti tengok lah sendiri. Tarikh Tayangan : 03 Jun 2010.

Sipnopsis Novel Lagenda Budak Setan,

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?


0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP