Sanggup Berlapar

26 April 2010

Fanatik sungguh. Ada yang sanggup buat lebih dari diorang tak?
 
Tak sabar nak tunggu piala dunia ni. This week separuh akhir Champions League. Agak-agak pasukan mana yang akan final.


Kajian sebuah syarikat mendapati peminat bola sepak sanggup berlapar atau meninggalkan pekerjaan mereka selama seminggu semata-mata untuk menyaksikan negara mereka memenangi Piala Dunia.

Seramai 51 peratus responden dalam tinjauan itu menyatakan mereka sanggup berlapar selama seminggu jika pengorbanan tersebut boleh membawa kepada kemenangan pasukan negara mereka.

Lebih 40 peratus responden pula menawarkan untuk tidak keluar menemui pasangan kekasih selama setahun dan tujuh peratus lagi sanggup berhenti kerja.

Menurut kajian itu, majoriti responden dari England sanggup tidak makan selama seminggu untuk menyaksikan kemenangan pasukan mereka.

Peminat dari Itali pula sanggup berhenti kerja manakala peminat dari Korea Selatan rela mengorbankan percintaan. ~~sinar



0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP