Jaga Exam

24 April 2010

Kerjaya guru sinonim dengan jaga exam. Begitu jugak aku bila jadi cikgu dulu walaupun hanya sandaran jer. Sebelum aku ditugaskan untuk jaga kelas exam, aku agak tidak yakin boleh aku jaga anak-anak murid aku dari meniru. Kelas-kelas aku majoriti cina walaupun sekolah kebangsaan.

Kalo kelas depan, aku tiada masalah. Sebab diorang semuanya budak baik-baik. Yang jadi problemnya, kelas belakang. Ada yang baik, ada yang agak nakal. Student nakal ni, diorang jenis yang suka menjawab bila ditegur. Biasanya student nakal yang suka menjawab ni ialah perempuan. Kalo student lelaki, kalo ditegur, diorang biasanya akan dengar. Ada yang ditegur, diorang akan mintak maaf (comel lak aku rasa).

Jadi bila jaga exam ni, cara-cara aku supaya diorang takkan meniru semasa ujian mahupun peperiksaan ialah masa masuk kelas tu, jangan senyum pun. Buat muka serius jer. Jika ada yang meniru, bagi warning secara general tidak secara spesifik (untuk elak memalukan student tersebut, aku pun kan pernah jadi student). Kalo masih berdegil lagi, berdiri sebelah student tersebut. Kalo masih berani lagi meniru walaupun kau dah berdiri sebelah dia, ambil jer nama dia bagi pada guru disiplin (alhamdulillah masih belum sampai tahap ni)

Ketika universiti, aku pun pernah jaga kuiz bagi pihak supervisor. Walaupun hanya kuiz, aku kena lah ikut amanah supervisor aku, jangan ada yang meniru. Jangan tak tahu, walaupun student universiti, meniru ni masih berlaku. Cara-cara diatas lah aku amalkan.

Tak sangka jugak aku ni garang. Aku garang dengan adik-adik aku jer. Pada yang hadapi exam tu, all da best ok. Lepas ni sunyi lah kawasan kampus.

6 soseh-soseh:

Firol April 25, 2010 at 9:10 AM  

budak skrg skill meniru tak hebat langsung..dapat tangkap

Mohd Naim April 25, 2010 at 9:21 AM  

paling best aku pernah jaga exam ialah exam PTD la...siap jadi ketua pengawas lagi..jaga 400++ orang utk pusat exam aku...yg bestnya bukan apa, calon semua cun-cun..hahaha!!!

Ann April 25, 2010 at 8:15 PM  

@Firol

yg meniru terang2 ngn dok bisik2 ngn member sebelah, nmpak sgt tak takut ngn cikgu...

Ann April 25, 2010 at 8:16 PM  

@Mohd Naim

blh la ek pilih calon isteri antara ramai2 tu ek...hehe

Frodo Baggins April 25, 2010 at 8:38 PM  

masa jaga tu muka garang, tp keanggunan tetap menten. ahaks.

peweeettt


>>____<<

Ann April 25, 2010 at 8:51 PM  

@Frodo Baggins

oho lu telah mbuatkan aku jd perasan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP