Fringe : Ancaman yang Penuh Misteri

30 April 2010



Ingat tak jika dulu-dulu pada zaman 90-an, drama siri yang tengah meletup ialah X-Files. Sekarang ni drama siri Fringe ala versi 'X-files' tengah ditayangkan di ntv7 pada hari Sabtu, 8.30 malam.  Jumpe kes-kes pelik dan mengerikan, pastinya membuatkan penonton nak tahu apa kisah disebaliknya. Aku suka kisah-kisah misteri ni sebab buatkan aku tertanya-tanya.

Aku ni peminat X-Files, walaupun seram, aku tetap tengok padahal masa ni aku masih belasan tahun lagi. Akhirnya muncul gak citer berunsur misteri yang boleh aku layan.

Apa yang istimewanya pasal Fringe ialah drama siri ni ada terselit sedikit elemen kelakar selain ada elemen aksi. Dan lawaknya memang menjadi. So tak lah sepanjang tengok drama ni, stress jer kan bila lihat benda-benda seram ni kan dan taklah boring.


Di sini sedikit sipnosis lah.

Pasukan yang bernaung di bawah unit Keselamatan Dalam Negeri, menggunakan kaedah sains “Fringe” yang tidak ortodoks dan teknik risikan FBI untuk mendalami “the Pattern”, satu siri kejadian misteri dan mengerikan yang tidak diketahui puncanya yang berlaku di seluruh dunia.

Episod perintis drama ini bermula dengan persemukaan agen-agen FBI Olivia Dunham dan Peter Bishop dengan fenomena berunsur ancaman yang merebak dengan cepat. Dalam percubaan untuk menghentikan penyebaran ancaman tersebut, mereka mendapatkan bantuan ayah Bishop, saintis bernama Dr Walter Bishop yang berada dibawah kawalan hospital mental. Perhubungan Peter dengan ayahnya telah lama renggang.

Joshua Jackson (terkenal dengan lakonannya di Dawson Creek) memegang peranan Peter Bishop, seorang yang pintar tapi mempunyai banyak hutang perjudian. Anna Torv (The Secret Life of Us) memegang watak Olivia Dunham, seorang agen FBI muda dan tahan lasak yang terpaksa menghadapi fenomena berunsur ancaman yang penuh misteri.

Ada lecturer kat jabatan aku ni siap download lagi drama siri ni sebelum citer ni ditayangkan di TV, disebabkan citer ni mendapat rating yang tinggi kat US. Sanggup tu! Nampaknya busy dengan research phd, kuliah, anak dan suami tak menghalang dia untuk mendownload citer ni.

Kat US, dah masuk Season 2.

P/s: Nampaknya citer ni bakal bertahta di hati aku mengantikan 'Prison Break' yang dah tamat semua season.

8 soseh-soseh:

maladagreatnorul April 30, 2010 at 1:43 AM  

wah wah wah saya juga suka pewitttt

Ann April 30, 2010 at 1:52 AM  

kan kan kan...aku suka ari sabtu sbb ade citer ni

hanie April 30, 2010 at 9:49 AM  

haaa..citer ni mmg best..
kdg2 dlm serius ade gak lawak terselit..
tu yg syok tu..

hanna April 30, 2010 at 10:30 AM  

suke jugak...kan kite teman serumah..kol 830pm jek dok tercongok dpn tb...hikhikhik...

Ann April 30, 2010 at 10:55 AM  

tu ar satu umah dok layan citer ni...haha..

Ann April 30, 2010 at 11:02 AM  

tol3..muka serius tp wat lawak yg tak tahan tu...
mmg mjadi ar...

morriss May 2, 2010 at 7:05 AM  

kalau tak silap, semua teori dlm cerita tu betul-betul wujud.. ada yang real dan ada yang sekadar teori je...

Ann May 2, 2010 at 1:52 PM  

ada gak teori kalo ikut sepahaman aku yg pnh blaja sains yg cetek ni, mmg tol lah..
kalo luar pemahaman aku, ntah tol ke tak...
tp citer ni bguslah mnambahkan ilmu sains...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP