Persepsi Berubah

31 January 2010

(Gambar hanya sekadar perhiasan aje)

Aku baca blog zahiril adzim pasal rasis. Sifat ni sentiasa je ada dlm diri kita tak kira besar or kecil. Bagaimana dikategorikan sifat yang besar? Aku rasa sifat yg boleh membawa kpd tindakan yang melampau. Yang kecil pula? Hanya mengutuk2 dibelakang. Ni hanya pendapat aku.

Kita selalu kaitkan, Melayu itu Islam, Cina itu Buddha dan India itu Hindu. Persepsi ni memang terbentuk oleh persekitaran secara tak sengaja. Aku dulu terutama sekali zaman sekolah aku memang ada sifat rasis yg lebih tinggi berbanding zaman sekarang (insyaallah), sebab aku tak pernah bergaul orang yang berlainan dengan aku. Aku rasa sifat tu memang sukar dibuang walaupun sebesar zarah.

Bila dah masuk zaman U, bergaul dengan orang yg datang dari pelbagai latar belakang, bangsa dan agama benar2 mengubah persepsi aku dan menjadikan aku lebih matang. Mereka sentiasa aja membantu bila minta pertolongan diorang. Aku pernah dapat kad raya dari partner aku (Chinese). Terharu beb! Tapi aku tak balas pun bila member group aku sambut Chinese New Year...sebab aku ni memang jenis liat nak balas, bukan sebab tak suka tau. Aku memang selalu membiarkan kad2 raya yang aku terima tanpa balasan dari dulu lagi.

Zaman keje pulak, ketika aku keje dengan company lama, member sekerja aku, Chinese jugak, selalu jer ingatkan aku solat dulu kalo belum. Sedangkan aku ingat nak solat lepas habis keje kol 5 ptg. Ni benar2 membuatkan persepsi aku berubah sebenarnya. Mereka akan hormat kita bila mereka faham pegangan agama kita malah ingatkan kita lagi.

Apapun apabila kita nak bangsa kita dihormati, bermula dari kita dulu. Tak usah la kita nak mengharapkan bangsa kita dihormati sedangkan kita tak pernah nak menghormati bangsa lain. Kalau lah setiap org berfikiran begini, dunia pasti aman. Peace no war.

Oh yer, tak salah kita nak sambut perayaan budaya bangsa lain asalkan bukan melibatkan perayaan agama. Info ni aku dapat selepas berbincang dengan kawan aku.


0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP