Frust punyer pasal

29 January 2010




David Sheath (28) seorang semi-pro pemain bola sepak telah mengecat sebuah kereta Fiat 500 berwarna putih menjadi Fiat 500 berwarna pink dengan hanya menggunakan 131 botol pengecat kuku.

Mamat ni frust sebab baru jer break-up dengan ex-girlfriend dia, thats why la dia cuba merawat hati yang lara dengan mencipta rekod baru iaitu iklan online mengecat kereta terpanjang di dunia yang pernah dibuat. (Guinness Book Of World Records with the longest online advert ever)


Sepanjang dia cuba lakukan rekod ni, dia hanya tinggal di South London studio sehingga kereta ni siap dicat dan hanya berkomunikasi dengan dunia luar menggunakan Twitter.

Frust betul mamat ni. Ok la dari ada yang sanggup bunuh diri, takpun mabuk2 minum arak hanya sebab frust bercinta.



Kita orang islam ni, ada konsep redha dengan qadha Allah swt.

1. Maksud Redha dengan Qada’ adalah apabila tidak ada timbul dalam hati atau jiwa kita menentang nikmat atau bala dari Allah SWT kerana kedua-duanya adalah merupakan anugerah Allah.
2. Tidak dianggap redha jika apabila ditimpa bala tetapi tidak merasai sakit.
3. Orang yang membiarkan sakit tanpa diubati bukanlah dianggap redha dengan qada’ Allah.
4. Berusaha menyelesaikan semua sebab-sebab penentuan itu adalah tanda sebenar redha dengan qada’.
5. Bukanlah satu keredhaan jika seorang yang dahaga tetapi tidak mencari air untuk menghilangkan dahaganya.
6. Redha itu adalah tidak membantah perbuatan Allah pada zahir dan batin ( hati).
7. Orang yang bertuah adalah orang yang telah redha dengan apa dikehendakki Allah.
8. Orang yang celaka adalah orang yang marah dengan perkara yang dikehendaki Allah apabila berlaku pada dirinya.
9. Mereka yang redha dengan kehendak Allah adalah berakhir dengan Syurga.
10. Orang yang berusaha untuk melakukan kemungkaran wajib dibenci kerana Allah telah mewajibkan kita melakukan kebaikkan DAN ALLAH TIDAK SESEKALI MENYERU KEPADA KEMUNGKARAN .

Emak aku pernah cerita orang kampung aku (perempuan), alim orang nya kehilangan anak lelaki berusia satu tahun disebabkan mati lemas dalam sungai. Dia perasan anak dia ikut kakak dia dari belakang, tapi disebabkan dia tak bertudung time tu, dia capai tudung dulu...akhirnye anak dia entah kemana. Perintah agama didahulukan...

Mak aku cakap dia tak menangis pun, tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu. Begitu tabah dia hadapi dugaan...kira2 setahun kemudian selepas tu, dia dapat anak lelaki. Yang penting kita percaya dan tidak putus asa dengan ketentuanNya, setiap apa yang terjadi tu pasti ada hikmahnya.

P/s : Handsome jugak mamat ni....

www.dailymail.co.uk
www.hmetro.com.my
http://peribadirasulullah.wordpress.com

2 soseh-soseh:

Firol January 30, 2010 at 8:20 AM  

mungkin tu cara yang sesuai dgn dia..kalau Islam lain caranya...

hensem?..ha apa lagi....masuk line lah guna twitter

Ann January 31, 2010 at 11:51 PM  

yer firol, asalkn x memudarat kan diri sudah...

haha mcm la leh dapat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP