Korban Jiwa

02 December 2009


Jumaat lepas, aku tengok 'Wanita Hari Ini'. Topik yang menjadi perbincangan ialah 'Korban Jiwa'. Tetamu yg hadir ialah bapa kepada Ahmad dan Muhammad dgn anak2 nyer sekali, Elis Syuhaila, ibu kepada Ferris yg dibawa lari oleh bapanye ke Belgium dan Ustaz (aku tak tau namenya..tapi mukanye familiar di muka2 TV).

Apa yg aku nak kongsikan di sini ialah aku terharu termasuk adik2 aku bila mendengar pandangan Uztaz tu mengenai kes Elis. Ayatnye lebih kurang camni,

"Kita patut berjuang sampai ke akhir, hubungan seorang ibu dengn anak memang tak boleh dipisahkan, ibu ni yang bertarung nyawa pertahankan nyawanya dan anak yang akan dilahirkan, yang kita ni seorang bapa, hanya lihat jer isteri kita melahirkan anak, jadi bapa masih boleh berpisah dengan anak tapi ibu tak boleh sebab hubungan mereka sangat kuat."

Panjang lagi la pandangan ustaz tersebut dan sangat best sampaikan dua pengacara tersebut mengalirkan air mate...sampai habis make-up.

Mase aku kecik2 dulu maybe 5-6-7 tahun kot, aku, mak aku dengan adik aku naik bas kat Kuantan. Bila naik bas yg crowded tu, ade seorang abang suruh aku duduk sebelah dia. Aku pun duduk la sebelah tepi tingkap kat depan sekali. Mak aku dah kebelakang. Tak lame lepas tu, tiba2 mak aku menjerit, "Mane anak saya?". Orang2 dalam bas kalut sampai suruh driver berenti. Aku punya tanye mak aku, " Kenapa mak?". Aku tengok muka mak aku sangat lega. Barulah aku paham rupanye mak aku ingat aku yg hilang.

P/s: Suka jugak pandangan Ustaz tu bila bagi kate2 semangat kat adik Ahmad dan Muhammad supaya balas jasa mak ayah dengan belajar betul2 dan banggakan mereka...




4 soseh-soseh:

Firol December 2, 2009 at 3:22 PM  

tulah manusia normal..memang sayangkan anak..

yang tak normal dok buang anak tak jaga anak tu

Ann December 2, 2009 at 3:29 PM  

firol, mereka tu mgdungkan ank luar nikah, jd Allah swt myenangkan mereka mlahirkn ank dlm perut tu...bila senang dpt, mereka takkan hargai...

~fazz~ December 2, 2009 at 4:08 PM  

ann tgk smp abes ek..?..aku tgk sekerat jek...ustaz ridhuan tee la tuh..:)

byk sgt program n cite2 kt tv psl pengorbanan...asik tuka2 channel jek..

bgs gak program keinsafan n pengorbanan mak bpk kt anak n anak ke mak bpk...asik cuci mata jek...

muhasabah diri..:)

Ann December 2, 2009 at 4:29 PM  

fazz, oo ustaz ridhuan tee...dia best la, penuh dgn semangat bila bcakap, aku yg dgr ni pun..bsmangat nk dengar..

aah tgk smp hbis..tp tlewat tengok..program2 mcm ni bgus utk sering igtkan kita esp aku la yg sering alpa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP