Kena Tembak

14 December 2009


EPL. Arsenal vs Liverpool. Baru lepas habis tadi tengok.

Arsenal menang dgn 2-1 ke atas Liverpool. Salah satu gol sendiri hasil kesilapan pemain Liverpool. Satu lagi dari Arshavin.

Dulu2 tengah tengok game, ada player yang buat gol sendiri. Tiba2 ayah aku cakap, "Habis la dia ni kena tembak".

"Kenapa?" Tanya aku kehairanan.

"Peminat marah la, dia buat gol sendiri".

Owh macam tu lak. Peminat ni pun satu, tak cool langsung.

Ayah aku bagitau la dulu2 pernah ada pemain yang buat gol sendiri...dari mana entah, kena tembak dengan peminat fanatik yang marah.

Nasib baik kat Malaysia tak jadi macam tu. Kalo tak, aku rasa tak de yang nak jadi pemain bola sepak. Lagi2 gaji kecik jer, kadang2 tak menentu pun.

Kes bakar Stadium tu pun, teruk gak, mujur la tak der yang terkorban.

P/s : Tahniah Malaysia berjaya ke separuh akhir Sukan SEA kalahkan Thailand. Bukan senang nak kalahkan Thailand, pasukan gergasi kat Asean ni...



2 soseh-soseh:

Tak Lawak December 15, 2009 at 1:33 PM  

Habis la liverpool kali ni..Msia dah masuk final pun la..

Ann December 15, 2009 at 4:54 PM  

tak lawak: arsenal naik carta. malaysia boleh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP