Akhirnya selepas 20 tahun

21 December 2009


Weekend baru ni agak busy sikit. Baru sekarang dapat update.

Firstly, tahniah team bola sepak Malaysia dapat emas. Walaupun gol tu dikira gol nasib baik sebab terkena kaki pemain Vietnam. Gerakan bola yg perlahan, disepak dgn lutut, bola melantun-lantun, Vietnam salah jugak, sepatutnye diorang boleh tepis bola tu.

Ada seorang peminat ni bagi komen bila ditemubual oleh Wartawan RTM. Dia bagi tau 3 perkara.

1. Para pengkritik sila tutup mulut. (Eh mana boleh tak kritik, masih byk kena diperbaiki, barulah boleh maju)

2. Bla..bla...bla (Sori aku tak igt dia cakap ape)

3. Para peminat sila kembali ke pangkal jalan. (Macam perli aku je tu, bukan tak sokong, dari kecik lagi, aku dgn adik2 aku, iaitu Mizi dengan Wan selalu tengok... support team kitaorg..Pahang dan Terengganu...cuma since mutu bola sepak negara makin merundum kalo tak silap sebab rasuah kot, dah jarang tengok..ye la sakit hati je tengok main ntah ape2)

Lagipun sejak aku kenal bola sepak luar negara, aku dapat lihat perbezaan antara kita dan mereka. Dulu aku ada terperasan satu perkara, diorang dapat terima bola dengan kemas dan tepat dari teamate walaupun bola tinggi dan dari jauh.

Aku cerita lah kepelikan aku tu kat adik aku, Mizi yang tau macam2 pasal bola ni (aku suka tengok bola dgn dia sebab dia tau macam2), dia terangkan kat aku lebih kurang macam ni lah, "Kaki ni kena lembut jer bila nak terima bola, tak boleh kuat sebab nanti bola tu akan melantun". Aku rasa macam konsep fizik digunakan lak.

Masih jauh la jika nak dibandingkan dengn standard luar. Anyway, aku kagum dengan semangat pemain Malaysia especially 2nd half la, cepat2 bangun bila jatuh dan hampir takde kecederaan..

P/s: Yang tak minat bola pun tengok gak demi Malaysia...

P/s no 2: Mase aku tgk bola ngn adik2 aku tu (sekolah rendah.. xsalah), game Pahang tak silap kot, tiba2 ade sorakan kuat dari rumah sebelah ,"GOLLLLL!" dengan kuatnya..terkejut kitaorang, kebetulan Pahang dapat gol. Excited betul abang sebelah rumah aku tu. Hehe...

P/s no 3: Barca jadi juara piala kelab dunia, yeay!


2 soseh-soseh:

Fara FarSha December 21, 2009 at 3:28 PM  

giler bola hang ni ann..haha

Ann December 21, 2009 at 6:34 PM  

fara: tu yg dok hadap dari dulu...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP