Siapa Lebih Memerlukan Siapa

21 November 2009



Hari ni aku tengok citer hindustan 'Hum Tum'. Hero nyer Saif Ali Khan dan heroinnya, Rani. Ada satu dialog yang aku suka sangat dalam filem ni, dialog ni diucapkan oleh Abishek Bachan kpd Saif.

Ayat ni lebih kurang macam ni bunyinya, " Nampak jer perempuan ni lemah, tapi sebenarnya kita (lelaki) lebih lemah dari perempuan, dan kita ingat mereka lebih memerlukan kita tp pada hakikatnya kita lebih memerlukan mereka".

Aku ingat lagi zaman matriks, lecturer aku bagi tajuk pada kelas kitaorang. Tajuknye lebih kurang camni. Untuk group perempuan, " Perempuan perlukan lelaki atau tidak dan berikan sebab" Untuk group lelaki lak, tajuk yg sebaliknya la.

Kelas aku ada 2 group prempuan dan 4 group lelaki. Kesemua 4 group tu mengatakn bahawa mereka perlukan perempuan dlm hidup diorang. Aku sendiri pun tak sangka sebenarnya. Ingatkan lelaki ni boleh berdikari tanpa perempuan disisi.

Bagi aku perempuan ni 'multitasking'. Bagi la ape2 keje pun, dia akan mampu buat semuanya dari jaga famili walaupun dah bkerja tanpa ade lelaki tolong pun. Walaupun penat dgn kerja luar, masih mampu uruskan rumahtangga. Contoh terbaik mak aku, dia penah kerja dulu ketika aku sekolah menengah, tapi dia masih mampu uruskn adik beradik aku yg ramai. Before dia pergi kerja, dia akan siapkan makan minum kitaorang dulu. Begitu juga selepas balik kerja.

Kat malaysia pun ade ramai ibu tunggal, tp ade berapa ramai je bapa tunggal yang ade kat malaysia ni?

So, aku harap pada lelaki diluar sana hargailah orang perempuan ni, jangan lah mainkan perasaan mereka sebab satu hari nanti pun, mereka juga lah yang perlukan perempuan disisi.


P/s: Ada adik aku sorang playboy, asyik tukar2 girlfriend jer, aku sendiri termasuk mak ayah aku selalu tegur dia, "Dah la..jangan main kan perasaan anak orang". Kecian tau...aku sendiri pun seorang perempuan. Skang ni nampaknyer dia dah berubah..lagipun famili kitaorang suka girlfriend dia skang especially mak aku ngn adik2 aku yang kecil2 tu.







4 soseh-soseh:

Firol November 23, 2009 at 8:20 AM  

sama-sama saling melengkap

Ann November 23, 2009 at 11:25 AM  

firol: yer masing2 ade kekurangan dn kelebihan..

Si Penanya (?) November 23, 2009 at 6:01 PM  

individual but mostly semua dah boleh multitasking sekarang~ xkira lelaki ke perempuan

Ann November 23, 2009 at 11:04 PM  

penanya: hope dpt meet a guy yg leh bekerja diluar dn jugak bntu wat keje umah... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP