Selesema Babi, Balasan atau Ingatan?

02 May 2009

jdun322l


Firman Allah swt :”Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor” -[Surah al-Baqarah : 145]

Prof. Robin Weiss, pakar dalam kuman virus Institut Kajian Kanser, London menyatakan : Babi mempunyai banyak kuman virus. Babi mempunyai kuman RETTROVIRUS yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak boleh dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh DNA babi itu sendiri. RETTROVIRUS adalah keluarga yang sama dengan HIV.

Pada pandangan aku, wabak ni yg menyerang negara2 di barat termasuk eropah dan asia seperti Thailand dan Singapura, ini semua merupakan negara2 bukan Islam, ini mungkin hukuman dari Allah swt terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap negara2 Islam seperti Palestin.Lihatlah sikap diskriminisi terhadap orang2 Islam di selatan Thailand dan juga Singapura yang menghalang hak-hak orang Islam di sana. Mungkin juga keadaan sosial yang tidak sihat mengundang kemarahan Allah swt seprti berjudi, minum arak, sistem kapitalis yang utamakan riba dan lain lagi. Jadi kita sebagai umat Islam harus mengambil peringatan ini dan muhasabah diri untuk kembali semula kepada pangkal jalan sebelum kita mengundang kemarahan allah swt.

Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”

(HR: Ibnu Majah)

Satu kisah aku nak kongsikan bersama di mana seorang tokoh cendiakawan iaitu Imam Muhammad Abduh memberikan jawapan kepada persoalan yang ditujukan kepadanya tentang pengharaman babi oleh segelintir masyarakat di Perancis sewaktu beliau berkunjung ke sana :

Maka Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayamjantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, “Untuk apa semua ini ?Beliau menjawab, “Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahasia.” Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.

Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebutKemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya

Selanjutnya beliau berkata, “Saudara-saudara, daging babi membunuh orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was,karena daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya

Aku teringat housemate aku dan kwnnya terpaksa ke Singapura untuk mjemput Profesor dari Jepun, bukan main risau salah seorg sehingga berdoa bersungguh2 ketika solat..semoga selamat dari wabak tu. Diharapnya semoga kita dalam perlindunganNya..insyaallah.

Sumber lain http://ms.wikipedia.org/wiki/Selesema_babi
http://muhammadkamal.wordpress.com

0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP