di kampung
05 January 2011
Aku balik kampung start hari jumaat tu sampai lah semalam. Lama tak balik kampung, so kali ni aku cuti lama sikit.
Ada aktiviti baru kat rumah aku. Dah lama sangat tak main. Rasanya sekolah rendah dulu. Kat rumah, dari emak aku aku, adik lelaki aku yang kerja chef tu, yang sekolah menengah, sampai lah yang paling kecik, asal ada waktu terluang, main game. Aku pun terikut join sama..aku lagi lah banyak waktu terluang. Ranking 1st, adik aku kerja chef tu..berlagak betul dengan aku, mentang-mentang tak pernah kalah. 2nd, emak aku.
Aku??? Asyik kalah jer. Boleh kalah pada adik aku yang darjah 5 pulak tu. Geram betul. Macam mana budak kecik boleh menang ni.
Ranking last, adik aku yang darjah 2..adik bongsu. Kesian dia, tak de sape nak main dengan dia. Dia asyik merayu nak main, tapi tak de sape nak layan. Akhirnya aku yang teman main dengan budak ni.
Game ape kitorang main? Batu timbang. Tak de keluar modal langsung. Yang perlu hanya batu kecik 5 bijik.
7 soseh-soseh:
baguih2..menjimatkan + mengeratkan hubungan kekeluargaan ;)
hehe..da lame xmain batu timbng tu..
game terbaek..sy suka
batu timbang tue, batu seremban kah??..
@lan
betul2...eratkan hubungan
@niesz
same lah...skill pon dh kelaut
@yott
boleh ketagih hehe
@aujinz
xsama..guna batu seramik yg kecik2 tu...cara main pun lain.
wakakak..
kelassss mak ngko ann..
haha saya pun main batu timbang gak masa sekolah.. dah bertahun tak main..adehh sengalnya masa sekolah dulu haha
Post a Comment