Showing posts with label Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Kongsi. Show all posts

Bagaimana Abdurraheem Green masuk Islam

27 November 2011



Berbaloi untuk ditonton. Ada 6 siri. Niat asal nak jadi kaya tanpa bekerja keras macam orang Arab, akhirnya dia temui kekayaan sebenar setelah memeluk Islam.


Read more...

Eh Gambit!

05 June 2011

Aku tak suka dah Gambit. Cakap serupa orang tak ada agama. Salah tu salah lah. Baik diam dari terus bercakap.

Terus aku rasa dia tak handsome dah.

Baca sini.

Read more...

Uncle Seekers dan bekas Permaisuri Agong

15 November 2010

Member aku bagi link blog Uncle Seekers perihal pasal hubungan dia dengan bekas Permaisuri Agong,Siti Aishah. Aku tak ingat sebenarnya siapa Siti Aishah ni.

Dari apa yang member aku bagitahu, Siti Aishah ialah balu kepada Sultan Selangor yang meninggal ketika aku Form 5. Masa tengah ambil SPM masa ni. Siti Aishah jugak permaisuri Agong pertama yang pakai tudung.

Sakit hati jugak baca blog Uncle Seekers tu. Dari cara dia tulis tu macam Siti Aishah yang terhegeh-hegeh sangat kat dia tu. Apa yang ada dengan Uncle Seekers tu. Hensem? Tak ada pun. Aku tergelak baca komen bawah ni yang diambil dari blog tu. Memang patut sedar diri pun Uncle Seekers tu.

1) Kau ni bersaudara dgn Mantan permaisuri... tu yg rapat... takkan lah dia nak hilang 'title' di sebabkan org hodoh mcm kau ni...

atau..

2) kau dah bagi ilmu guna2 kat dia..tu yang dia nampak kau mcm Hans Isaac ke Brad Pitt ke...Tolong lah...Ingat allah sikit ye... Jangan Hipokrit. And..boleh minta Alamat rumah tak?Aku nak hantar Cermin BESAR utk kau..supaya ko boleh tengok rupa kau hari2.....


Ada pengomen cakap Uncle Seekers guna makhlus halus untuk guna-guna Siti Aishah ni. Wahuallam. Kesahihan ni aku tak tahu. Tapi tak perlulah nak bukak aib orang macam tu sekali. Kalo kita bukak aib orang, nanti tuhan akan bukak aib kita. So beringat-ingat lah.

Read more...

Lagi lah aku suka

06 October 2010

Harga rokok naik 70sen. Berita baik bagi aku dan mereka-mereka yang anti rokok ni.

Mesti ramai kaki merokok sedih dengan kenaikan ni kan? Tapi ada aku kesahhhhhh...........

Tapi aku kesah lah, kalo anak isteri terpaksa menderita kalo ada suami-suami dan ayah-ayah sanggup cut belanjawan lain demi semata-mata depa dapat hisap rokok tu.

Kalo tak nak anak-anak anda jadi lemah otak, tak pandai sekolah, jangan salahkan mereka... Sebab rokok yang tu melemahkan sperm tau! Sperm yang tak berkualiti.


Read more...

Alahai PTPTN

01 October 2010

Tak sangka lak PTPTN halang peminjam yang degil yang gagal membayar hutang ke luar negara.

Aku dalam kategori pemimjam degil lah ni. Dalam setahun hanya beberapa kali jer aku bayar. Hanya lepas untuk bayar bunga jer.

Masa aku final year dulu, aku dah dapat surat warning dari PTPTN mintak aku bayar. Ada jugak beberapa kawan aku dapat. Kitaorang bengang lah sebab study pun belum habis lagi..apatah lagi belum kerja...dah diminta bayar dan bunga pun dah mula dikira. Siot sungguh lah..

Aku yang pinjam RM 7ribu..dah rasa pening apatah lagi nasib mereka yang pinjam berpuluh ribu. Bagi aku lah kan, bunga yang dikenakan oleh pihak PTPTN menyebabkan para pemimjam lagi liat nak bayar.

Sampai aku sendiri bertangguh pasal pernah berharap bunga akan dilupuskan tapi tinggal harapan jer. Silap sendiri sebab bila dapat JPA dulu, gunakan beli motor.

Ada satu tips satu macam mana nak kurang faedah yang dikenakan, kawan aku yang bagitahu..dia baca dari sebuah buku (tak ingat tajuknya). Bayar 2 kali dalam tempoh sebulan. Contoh, katakanlah korang nak bayar RM200 sebulan. Bayar lah RM 100 pada 2minggu pertama dan bakinya pada 2 minggu terakhir.

Aku pon baru jer tahu.Bank sebenarnya tahu kaedah ni tapi tak disebarkan sebab nanti diorang rugi, diorang kan dapat untung dari faedah yang dibayar. Nak confirm kan..baik tanya orang bank sendiri.





Read more...

Jangan liat bayar nafkah lagi

28 September 2010

Tahniah lah pada AC Mizal dah dapat gelaran Datuk. Sultan Pahang yang bagi.

Jutawan pun dah jadi, gelaran datuk pun dah dapat walaupun belum rasmi lagi. Siap kereta Porche dan Bentley pun mampu beli. Jadi janganlah liat lagi nak bayar nafkah anak-anak dengan bekas isteri dulu ye. Aku kalo jadi bekas isteri dia pun, aku pun mintak naikkan nafkah, sebab dia dah lebih dari mampu.


Kesian kat anak-anak tu. Bagi jer lah. Zuriat U jugak.


ps: Aku tak faham lelaki jenis ni. Maybe para lelaki boleh bagi penjelasan?



Read more...

Dipenjara sebab tape anak ke dinding

22 September 2010

Seorang ibu muda dipenjara pasal gantungkan anak dia ke dinding dengan menggunakan tape. Macam gambar di bawah ni ar.

.
.
.
.
.
.
.


Ibu muda tu yang hanya berumur 18 tahun memegang baby tersebut sementara teman lelaki si ibu tersebut, 19 tahun tape kan badan baby tersebut ke dinding. Gilaaaaaaaaaaaa diorang ni. Ingat patung ke baby tu?!

Tengok muka baby tu ceria jer, mesti baby tu ingat mak dia tu nak main dengan dia. Kesian sungguh kat baby tu. Mak baby tu hanya tau hasilkan anak jer, tapi nak jaga anak..ZERO!

Sumber


Read more...

Bakar al-Quran

09 September 2010

Astaghfirullah al-azim sebuah gereja di Florida akan mengadakan satu hari khas untuk membakar al=quran iaitu pada 11 September.
Terry Jones, pastor of the church, says the burnings will be held on church grounds “in remembrance of the fallen victims of 9/11 and to stand against the evil of Islam. Islam is of the devil!”

Gareja terbabit juga turut menjual t-shirt “Islam is of the Devil”. Idea untuk mengadakan hari membakar al-quran diambil dari kempen di Facebook iaitu “Everybody Draw Mohammed Day.”

Bagaimanapun, idea tersebut mendapat kecaman dari pihak Islam mahupun Kristian sendiri yang hanya akan menimbulkan tekanan antara kedua-dua agama tersebut. Walaupun dapat kencaman yang hebat, paderi tersebut masih akan meneruskan rancangan tersebut.





 Setiap huruf dalam al-quran ada penjaganya iaitu malaikat.


Sumber  link1
link2

Read more...

Bagitahu lah produk apa

03 September 2010

Aku benci betul baca berita yang macam ni. Pihak penguatkuasa telah merampas produk keluaran dari sebuah syarikat kosmetik ni.

Berdasarkan ujian makmal, produk terbabit mengandungi hidroquinone dan tretinoin dalam kadar peratusan tinggi. Kesannya, pengguna akan mengalami kesan kulit mengelupas dan menjadi kemerah-merahan yang melampau. Hidroquinone dan tretinoin boleh mengakibatkan gatal, perubahan warna kulit dan kulit menjadi terlalu sensitif. “Bahan kimia itu menyerap ke saluran darah dalam jumlah besar sehingga mendatangkan pelbagai kesan seperti pertuturan yang sukar difahami, muntah, sentakan otot, sakit kepala, sawan dan koma akibat kegagalan sistem pernafasan. Ia juga boleh menyebabkan kesan keradangan dan barah kulit.
Bagus lah tindakan penguatkuasa terbabit tapi sepatutnya jenama produk terbabit didedahkan. Supaya para pengguna berhati-hati dari membeli produk tersebut di pasaran. Dah pasti ada produk dah dipasarkan kan? Berita2 macam ni lah, buat aku bengang sebab maklumat tak disampaikan sepenuhnya kepada para pembaca lagi-lagi melibatkan kepentingan pengguna.

Mana lah tau kot aku ada terbeli produk ni ke kan? Bahaya tu.


Sumber

Read more...

Lebih glamor dengan kes cerai

19 August 2010

Roslin Hashim bercerai sekali lagi buat kali kedua. Entah bila dia kahwin lagi pun aku tak tahu. Aku bab-bab gosip ni lambat sikit kalo gosip tu letak kat ruang hiburan.

Tapi berita ni kat ruang nasional, aku baca je lah. Tapi aku harap Roslin Hashim ni lebih glamor dengan berita tentang badminton bukannya kes cerai berai macam ni. Lagi-lagi kes yang ni pun kontroversi selepas Nurhayati Othman, isteri kepada jaguh badminton negara Roslin Hashim, mendakwa dia diceraikan oleh suaminya selepas dia mendapati lelaki itu berada bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel.

Nurhayati, 38, berkata, Roslin, 35, melafazkan cerai tersebut setelah dia dan ahli keluarganya termasuk ibu dan dua adik lelaki menyerbu bilik bernombor 533 dengan dibawa oleh Jalani Sidek (suami Raja Azmi).

Memang kontoversi ni. Harap-harap lepas ni Roslin Hashim lebih mencipta nama dengan kejayaan dalam sukan badminton, bukannya lagi dengan kes cerai.

Maju lah sukan untuk negara.


Sumber

Read more...

Akta hidu gam

10 August 2010

Aku sokong sangat-sangat cadangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kepada pihak kerajaan agar kuat kuasakan akta menghidu gam ni.

Sebelum ni, pihak polis tidak mampu berbuat apa-apa bagi mereka yang menghidu gam ni. Sebab tiada akta yang mengatakan hidu gam ini salah. Sebab gam ni tak termasuk dalam kategori dadah walaupun ia mengkhayalkan.

Harap dikuatkuasakanlah. Supaya diorang ni sedar gam tu bukan saja boleh merosakkan tubuh badan tapi otak jugak sebelum terlambat.

Sedih jugak yang kebanyakan hisap gam ni masih budak-budak lagi. Mula-mula gam lah. Lepas tu terjerumus dengan dadah lak. So, tindakan tegas perlu sebelum semakin parah.

Kalo suka mencuba benda baru yang berfaedah takpelah jugak. Ni yang boleh merosakkan fizikal dan otak jugak yang nak dicubanya.

Nak sangat cuba benda baru... keliling dunia ke, cipta benda yang inovatif ke. Mak bapak jugak tumpang bangga. Aku pun sama.


Read more...

Tak minat sekolah vs Rindu sekolah

29 July 2010

Bila aku baca berita pasal 4 orang pelajar menyerang dua orang pelajar di dalam kelas, aku dah terbanyang-bayang aksi macam dalam filem 'young and dangerous'. Sangat mencemaskan dan mendebarkan.

Melampau betul lah. Ada cikgu tengah mengajar lak tu. Dah hilang perasaan hormat. Ni perangai budak tak minat sekolah. Kena buang sekolah pun dah tak kisah.

Kes lain lak, 7 orang pemuda sanggup menyamar sebagai pelajar lengkap berbaju sekolah. Rindu sangat sekolah. Tapi yang herannya, ada yang berbaju kurung. Aku agak konfius disini. Lelaki menyamar sebagai perempuan ke?

Lucu betul. Dah tak pasal-pasal jadi kes polis.

Read more...

Nak sambung belajar..lebih senang sekarang

23 July 2010

Bagi sesiapa yang nak sambung belajar dalam Ijazah Sarjana (Master) mahupun Phd, tak perlu peningkan kepala lagi dengan pelbagai kemudahan kewangan ataupun biasiswa disediakan oleh UTM.

Tapi ini hanya dalam master dan Phd based on research sahaja. Bukan coursework.

Apa itu research? Aku terangkan secara ringkas. Research ni anda perlu cari satu tajuk untuk dijadikan tajuk tesis, apa yang boleh diperbaharui untuk tajuk tersebut...ini bermakna perbaiki ataupun cari kaedah lain untuk perbaiki tajuk lama yang ada orang lain dah buat, hasilkan kertas kerja/research paper dan akhir sekali tulis tesis selepas anda dapat result dan analysis sekali.

Coursework? Macam degree ataupun diploma, ada kelas, ada assignment, kuiz, ujian dan exam.

Biasiswa ni merangkumi yuran dan elaun bulanan bagi pelajar tempatan. Untuk pelajar luar negara, biasiwa hanya merangkumi yuran sahaja. Untung budak zaman sekarang. Kenapa lah masa zaman aku nak sambung belajar tak ada kemudahan-kemudahan ini semua. Aku hanya mengharapkan elaun dari ketua projek.

1-Biasiswazah Zamalah UTM Klik sini

2-Application for UTM Institutional Scholarships (Local & International Students) Klik sini


Jadi sesiapa yang nak sambung belajar, apalagi..jom lah.

Read more...

8 Cara Membakar Kalori Tanpa Harus Bersenam

Ramai kan yang malas hendak bersenam dan diet. Tapi masih mahukan menurunkan berat badan. Tanpa perlu bersusah payah untuk bersenam ataupun berdiet, masih ada cara untuk membakar kalori.

1-Minum kopi
Kafein dapat meningkatkan metabolisme dengan merangsang sistem saraf. Menurut Susan B. Roberts, seorang profesor nutrisi dan psikiatri di Tufts University, Boston, sekaligus penulis buku 'I' Diet" (Workman), penelitian telah menunjukkan bahwa kadar kafein yang terkandung dalam kopi dapat meningkatkan jumlah pembakaran kalori.   

2-Minum air sejuk
Pengambilan satu gelas air sejuk ternyata dapat membakar lebih dari 9,25 kalori. Hasil penelitian juga menunjukkan bahwa air minum dapat membantu menurunkan berat badan pada perempuan yang sedang berdiet. Semakin tinggi konsumsi air, semakin rendah jumlah lemak yang disimpan dalam tubuh.


3-Sarapan
Anda pasti sudah sering mendengarnya, namun tidak pernah melakukannya. Sarapan merupakan langkah paling sederhana untuk membakar lemak tubuh. Mengapa? kerana jika anda memulai pagi hari dengan sarapan, maka otak tidak akan mengirimkan signall lapar hingga menjelang tengahari. Sarapan dengan campuran putih telur atau oatmeal dengan buah adalah yang dianjurkan oleh Gunnar Peterson, pelatih fisik Jennifer Lopez di Los Angeles.

4-Mengunyah chewgum
Bukan hanya dapat membantu menyegarkan nafas, mengunyah chewgum juga dapat membakar 11 kalori. Inilah yang diungkapkan oleh Kristin McGee, seorang instruktur yoga dan Pilates di New York


5-Ketawa
Percaya atau tidak, selaim membuat hati menjadi lebih baik, ketawa selama 10 sampai 15 menit per hari juga dapat membakar hingga 50 kalori.

6-Marah
Saat anda marah, tubuh akan mengeluarkan energi. Anda mengeluarkan emosi dan amarah. Fikirkanlah sesuatu yang boleh membuat anda emosi lalu luahkanlah, ini akan meningkatkan program latihan jasmani anda dengan membakar sejumlah kalori. Tapi ingat, jangan mengeluarkan emosi anda terlalu sering dan berlebihan, kerana ini juga tidak baik untuk kesihatan.

7-Berjalan
Selain menyihatkan jantung, berjalan juga dapat membantu membakar sejumlah kalori. Kerana itu, jangan simpan flat shoes anda dan mulailah pagi hari anda dengan melangkahkan kaki. Berjalan menyusuri anak tangga ketika dipejabat, juga boleh menjadi pilihan yang baik selain naik lift. 

8-Dating
Menurut sebuah penelitian yang dilakukan di McMaster University di Hamilton, Kanada, perempuan cenderung memesan makanan dengan jumlah kalori lebih sedikit pada saat makan dengan seorang lelaki  dibandingkan dengan ketika mereka makan dengan teman-teman perempuannya.

Apalagi mulakan dari sekarang. Mudah kan?


ps: Aku paling suka makan cheesecake. Bukan setakat 1 piece, ber-piece-piece aku makan.


Read more...

Siapa Mr Paul the Octopus?

07 July 2010

Sebelum ini aku baca blog aku kawan aku Iza, ada sebut pasal Mr Paul the Octopus buat ramalan untuk game sebelum ini. Tapi aku tak endah sangat siapa dia ni.

Then tadi aku baca komen kawan aku Iza yang Mr Paul the Octopus buat ramalan lagi tentang game Sepanyol vs Jerman. Aku pun terfikir siapa dia ni. Agak kurang puas hati. Then google.

Jadi ni fakta bagi siapa-siapa yang belum kenal siapa Mr Paul the Octopus.

Paul is an octopus born in England but he is currently residing at Sea Life Aquarium in Oberhausen, Germany. The people over at Sea Life Aquarium somehow came up with the idea of letting this octopus predict all of Germany’s matches in the 2010 World Cup. After having predicted the correct outcome in all of Germany’s five games in the World Cup so far he has become a world wide celebrity which gets a LOT of media attention.

Ramalan Mr Paul the Octopus terhadap game Argentina vs Jerman sebelum ini.

Nak lihat apa ramalan Mr Paul the Octopus terhadap game pagi esok iaitu Sepanyol vs Jerman? Klik sini.

Macam-macam lah dalam piala dunia ni. Sotong pun tahu pasal bola.

Tapi benda ni,setakat suka-suka jer boleh lah, jangan percaya sudah. Boleh jatuh syirik nanti.

Dah nak habis worldcup, baru tahu siapa dia ni. Hakhak.

ps: Yess salah satu pasukan pilihan aku selepas Argentina berjaya ke final. Semalam Netherland (3) vs Uruguay (2). Memang best sangat game semalam. Gol semuanya cantik. Tak salah semuanya gol dari jarak jauh.


Sumber


Read more...

Juara Mentor 4

05 July 2010

Mohd kini bergelar juara dalam Mentor 4. Protege kepada mentor Ziana Zain. Aku dah agak dia yang akan menang. Suara dia memang sedap. Kemungkinan populariti mentor nya juga menyumbang. Tapi tak lah sangat sebab masih perlu bergantung kepada markah juri awam dan juri profesional.

Tahniah pada Mohd dan Ziana Zain. Masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak Rm100 000. Lumayan sungguh. Rezeki anak kot, kembar lak tu.

Kitaorang satu rumah memang layan Mentor ni. Salah satu rancangan yang mesti diikuti.Tapi final ni agak bosan lah, kitaorang tak tengok sangat. Borak benda lain jer yang lebih. Contoh bola. Sempat lagi huhu.


ps: Happi dengan result ni tapi masih sedih dengan Argentina kalah. Cuma peminat bola jer yang paham. Lepas ni bergantung pada Netherland.


Read more...

Filem THE TWILIGHT ECLIPSE

01 July 2010

Filem ketiga bagi siri Twilight. Dalam Eclipse.

Sinopsis. Bella Swan kembali bercinta dengan cinta pertamanya, Edward Cullin. Kehidupannya kembali seperti biasa sebelum Cullen kembali kecuali satu perkara iaitu sebelum ini, Bella tak menganggap Jacob Black adalah kekasihnya tapi Jacob hanyalah seorang kawan rapatnya. Bella berusaha untuk menjadikan Edward dan Jacob berkawan baik. Bella rasa sedih dan keliru dengan keadaan. Antara cinta dan persahabatan, mana satu pilihan Bella. Sementara itu, ada bahaya dan rintangan yang akan menanti mereka. Segalanya terjawab dalam Eclipse.

Robert Pattison yang berlakon sebagai Edward yang merupakan pontianak boleh membaca minda orang lain kecuali Bella manakala Jacob pulak serigala jadian cuba ingin membuktikan yang dia lebih baik kepada Bella.

Siri-2 sebelum ni aku dah tengok kat pawagam. Memang sangat best sebab aksi-aksi dia memang superb dan jugak selitkan unsur-unsur cintan-cintun dalam filem ni. Rasanya akan disiarkan 8 Julai 2010.





Sumber
Sumber

Read more...

Pelakon Winter Sonata bunuh diri

30 June 2010

Drama Winter Sonata ni drama korea pertama yang aku tengok. Ingat lagi masa ni aku kat matrikulasi. Memang dapat sambutan lah dikalangan student-student kat blok aku.

Tadi bukak Berita Harian online terkejut dengan tajuk 'Pelakon Winter Sonata bunuh diri'. Pelakon (Park Yong-ha, 33) ni agak kiut miut jugak dan hero kedua dalam drama ni. Entah apa puncanya yang menyebabkan dia bunuh diri tapi betapa mudahnya dia ni ambil jalan singkat untuk lari dari masalah. Senang betul buat keputusan.

Dia ni ditemui tergantung dengan wayar pengecas bateri telefon bimbit di kediaman rumah di Seoul. Kuat betul wayar ni kan...

Drama pertama yang dilakonkan ialah Theme Theater (1994) ketika berumur 17 tahun. Bukan saja pelakon yang popular tetapi juga penyanyi yang berjaya di Korea dan juga Jepun. Pernah memenangi beberapa award sepanjang pembabitan dalam dunia seni. Nampaknya populariti dan kekayaan tidak dapat menjamin kebahagiaan.

Bunuh diri makin meningkat dikalangan orang muda di Korea. Di Jepun, ia sudah menjadi masalah besar yang harus ditangani.

Read more...

Kau laksana bulan

01 June 2010




Semalam aku tengok drama 'Kau laksana bulan' kat TV2. Rasanya citer ni start pukul 8.30 malam tapi pukul 9 malam baru aku tengok. Menurut kawan aku selaku housemate aku, citer ni adaptasi dari novel.

Baru 1 episod aku tengok, aku nak cakap memang best lah. Pelakon dia yang bila berlakon dalam drama..ala selalunya pakai tudung tapi dalam realitinya tidak. Aku dah lupa lah namanya. Tapi aku nak tengok bukan sebab heroin ni. Aku nak tengok pasal ada Zul Huzaimi jadi pelakon lelaki utama dia.


Eh aku dah lama suka dia ni walaupun selalu jugak pegang watak jahat. Selain dia berlakon memang best, dia macam ada aura. Chewah ada aura. Bagi aku lah, orang lain..aku tak tahu.

Dia kalo dah tenung tu, aku rasa boleh tangkap cintan tau...silap-silap boleh gugur jantung ni tahu. Nasib baik dia ni suami orang, kalo tidak mahu angau kot.

Tujuan aku nak tulis entry ni selain mempromote drama ni bagi peminat-peminat drama Melayu, aku sebenarnya nak menyangkal kata-kata adik tu, boleh dia cakap aku takde perasaan kat kaum bukan sejenis aku. Sampai sekarang kalo teringat kata-kata adik tu, mesti tergelak sorang-sorang tahu.

Read more...

Tips mengawal mengantuk

30 April 2010

Bagaimana nak mengawal perasaan mengantuk bila bekerja mahupun tengah study? Aku selalu je alami masalah ni menyebabkan aku sukar nak fokus pada apa yang aku buat. Aku rasa ramai jugak yang alami masalah ni.

Lagi-lagi bila sampai opis, selalunya aku akan breakfast nasi lemak. Nasi lemak ni memang terkenal dengan penyebab mengantuk. Dah tau makanan ni boleh menyebabkan mengantuk, masih tak sedar diri.


Jadi bagaimana nak kawal mengantuk ni? Jadi aku nak kongsikan serba sedikit tips yang biasa aku lakukan.

1- Minum kopi. Aku lepas makan nasi lemak, aku mesti minum kopi. Alhamdulillah, mujarab jugak lah. Lagipun aku memang suka minum kopi sebab boleh beri tenaga.

2-Ada jugak yang tidak boleh minum kopi disebabkan ada migrain. Ataupun ada yang minum kopi, tapi tiada effect pun. Ada je dikalangan kita. Caranya kunyah lah chewing gum. Memang mujarab lah. Lagipun kunyah chewing gum boleh meningkatkan kecerdasan otak mengikut kajian. Dalam masa yang sama, boleh kuruskan muka aku yang tembam ni. Huhu..

3-Jalan-jalan lah sekejap, ambil angin ke. Biar segar sikit.

4-Cuci muka.

5-Tidur selama 5 minit dalam keadaan duduk dengan tegak. (Pensyarah Kimia masa kolej dulu yang bagi tip ni) tapi ingat dalam keadaan duduk jer dan tegak. 

6-Borak dengan kawan. Maybe sebab otak terlalu penat, borak dengan kawan boleh merehatkan sedikit minda. Tapi berpada-pada lah. Jangan berborak sampai tak ingat dunia. Nanti kerja pun tak jalan.

7-Membaca je boleh menyebabkan mengantuk. Jadi, apa kata sambil membaca tu, tulis nota yang simple. Cara ni bukan sahaja mujarab, dalam masa yang sama kita boleh faham apa yang kita baca.

Ni jer la tips yang aku boleh kongsi. Kunyah chewing gum dengan minum kopi memang berkesan pada diri aku lah.

Ada tak tips lain yang berkesan? Kalo ada, boleh kongsi. Adioss!

p/s: bila lihat coding, mengantuk ni..macam tak boleh nak elak. Help me...


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP