Tak pernah boring makan telur
10 November 2010
Aku tak cerewet sangat bab makan ni. Tapi makanan yang cerewet dengan aku. Sedih tahu.
Aku ni tak kisah sangat pun kalo tak dapat makan makanan laut macam udang, sotong dan yang sewaktu dengannya. Tapi bab telur, makanan ni lah paling kuat godaan yang tak dapat aku nak tinggal.
Kat kampung, time tengah malam jer mula lah rasa lapar tu datang. Biasa nya ada jer nasi tapi lauk tak ada. Lauk paling simple dimasak dan paling sedap dimakan begitu sahaja ialah telur. Sepatutnya aku tak boleh makan telur tapi aku ni degil.
Ayah aku kalo nampak jer aku makan telur, mula lah bukak mulut, "Dah tahu penyakit macam tu, makan lagi". Adik lelaki yang bermulut lancang lak, "Tak payah makan apa-apa". Kejam giler. Ayah aku dengan topik ni, mak aku lak dengan topik jodoh.
Boring dah dengar. Aku ni mana boleh tahan kena bebel. Pasal tu aku tak suka membebel.
Baru je balik dari kafe. Lauk-lauk lain tak berjaya mengoda aku kecuali telur. Sekali sekala ok lah kot(sekali sekala la sangat). Lauk-lauk lain boring, tu pasal aku tak suka makan luar.
11 soseh-soseh:
patutla ade iras2 telur..hehehe
bujur mcm telur ke? hehe
kalau aku jadi ayah ko aku bebel lain
"abah tak kisah ko suka telur..cari la telur lelaki kacak mana2 utk ko nikmati smpi tua"
mwahahahahahaha
@hemy
haha n3 ak lgsung xde unsur lucah...komen hang ni dh melalut ke lain ni..hehe ayah ak baik weh
uish..
aku pun pantang jumpe telor..
tapi la nie..
dah di kurangkan sikit..
koh koh koh
sama la juga.. kalau telur dengan kicap pun dah molek dah tu.. hehe
aku dlu suka sangat2 telur..
pastu bila besar terus xsuka sangat telur..
juz makan telur dadar..kalau telur rebus mmg pandang pun x!huhu
@aujinz
nape lak dikurangkan?
@mr z
kalo kene nasi pns2....mmg sedap lah
@wanie
telur rebus sedap dimkn begitu shja...hehe kalo knduri kwen, seronok dpt telur rebus
gua suke telor rebusssssss
ske telur ye.. same la.. lg2 yg separuh masak.. tp xleh mkn salu nt debab jdnye.hehee
@hamzah
same lah..sedap ratah
@darkbatman
o ye ke? br tau ni..tp tu lah yg plg sedap
Post a Comment