Penangan Mendaki Gunung

31 December 2012


Hujung minggu lepas aku ikut aktiviti mendaki di gunung angsi. Kali kedua. Gunung pertama gunung Arong. Tapi Gunung Arong tak mencabar mana. Sejam lebih dah sampai kat puncak. Itu saje2 nak test stamina aku ok ke x. Next time kalo ok, boleh la cuba lagi gunung lain.

Gunung ke dua, Angsi....memang mencabar yang amat. Member2 aku yang dah banyak kali mendaki pun cakap, laluan dia memang mencabar. Banyak pancak dan panjang. Bukan jenis yang mendatar. 3 jam sampai ke atas. Aku antara yang terawal sampai.

Tapi bila turun, aku antara yang terlambat sampai. Ke-3 terakhir. Member-member lain pelik, aku sampai puncak awal, tapi turun lambat. Aku dari segi bab stamina tak de masalah sangat, rehat beberapa minit kalo penat, then teruskan macam biasa. Tapi bila turun, kaki sakit yang amat, nak tercabut kepala lutut, kalo dah sakit, memang dah tak boleh buat apa lagi. Cara aku tak betul. Kene berlari bila turun gunung untuk kurangkan sakit kaki...tapi tak sanggupla berlari, takut tersadung.

3 jam naik, 3 jam turun.

Dah la buat drama sekejap kat atas tu masa nak turun bukit guna tali. Aku tengok dari atas. Seriauuu..aku takut tinggi. Aku boleh cakap, "Tak nak turunnn". Padahal itu lah satu-satu jer jalan turun. Panjat reti, nak turun tak reti.

Tapi tak nyesal lah panjat gunung walaupun sakit kaki yang teramat lah. Nak duduk pun sakit, nak bangun pun sakit. Apetah lagi kalo jalan. Naik tangga turun tangga lagi la.  Walaupun penat, seronok dia lain macam. Memang puas hati.



2 soseh-soseh:

Lan Bingka December 31, 2012 at 1:54 PM  

Turun memang kena laju.. Hmm bestnya, dah lama tak mendaki ;)

Ann December 31, 2012 at 2:36 PM  

ko pun kaki hiking jugak eh.......mmg best la!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP