Anak bebel kat emak

01 November 2012

Emak aku baru di sahkan doktor ade kencing manis dengan darah tinggi.

Sebagai anak yang baik (kot), aku pun prihatin la google apa-apa makanan yang membantu mengurangkan tahap gula dalam darah dengan kolestrol ni. Dan bagitahu la emak aku apa yang patut dia makan. Tapi tak ikut pun saranan tu. Alasan tak sedap.

Waktu raya haji aku balik kampung. Aku tengok mak aku makan tu, aku bising..makan ni aku bising. Misalnya,

Aku tengok mak aku nak makan sup daging,

"Emak, mana boleh makan sup daging. Tinggi kolestrol tu.......".

Aku nampak emak aku makan nasi,

"Emak ni mane boleh nasi. nasi tu kanji. Orang kencing manis mana boleh makan.....".

Kemudian, aku nampak emak aku makan biskut,

"Emak....mana boleh makan biskut. Biskut tu mengemukkan. Ada marjerin la..macam-macam. ".

Agaknya emak aku tensen kot dengar aku membebel,

"Ni tak boleh makan tu tak boleh makan......boleh mati la cenggini tak makan.". Emak aku geleng-geleng kepala. Aku gelak je dengar emak aku bebel.

ps: Aku kalo kat tempat emak aku pun, mau tensen gak banyak benda tak boleh makan. Bukan senang nak pantang..aku tahu sangat bab ni.

1 soseh-soseh:

Ann December 7, 2012 at 11:22 AM  
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP