Bukan peminat

27 September 2012


Aku hari ini baca blog Lanun Ranggi bercerita pasal kucing. (Akhirnya ada idea nak update blog). Sweet jer bila lelaki bercerita pasal kucing. Aku ada teori pasal lelaki yang minat kucing. Mereka ialah seorang penyabar dan penyayang, yang paling penting alahai comelnya. Kalo perempuan tak suka kucing pulak macam mane? Ermmm...

Rumah aku ada dua kucing yang selalu datang lepak kat luar rumah. Luar rumah jer, dalam rumah tak dibenarkan masuk sebab pernah berak dalam rumah. Kalo tahi tu wangi tak pe lah jugak. Tapi dah cuci pun, hidung aku masih teringat-ingat bau tahi kucing. Tak dibenarkan lagi sejak tu.

Sekor kucing jantan yang dah dewasa dan memang gemuk la. Sekor lagi kucing betina dan kecik lagi, dalam usia remaja kot.

Osmet aku pernah cakap, "Kucing ni jantan".

Aku pun, "Macam mana ekin tahu jantan betina?".

Osmet aku jawab, "Tengok kucing tu ada telur ke tak. Kucing ni ada telur, jantan la". OOOoooooo baru ku tahu. Aku bukan peminat kucing. Jadi tak heran kalo tak tahu.

Pernah sekali tu waktu petang, aku tengok kucing jantan dan betina jalan berdua-duaan. Melintas jalan sama-sama, macam nak jalan-jalan kat taman depan rumah aku je. Aku pun, alahai sweetnya, sebab comel..dah macam pasangan bercinta je aku tengok. Aku panggil osmet aku suruh tengok, dia gelak je bila tengok gelagat kucing-kucing tu.

Osmet aku ada perasan kucing betina tu macam pregnant je. Tapi takkan lah sebab kecik lagi kot. Nasib baik haiwan. Kalo manusia, dah kena tangkap ni sebab buat hubungan di bawah umur.


5 soseh-soseh:

Aujinz September 28, 2012 at 3:51 PM  

wakakakaka.. kucing seawal lapan bulan pon dah boleh preknen..

Ann September 28, 2012 at 4:26 PM  

lapan bulan tu besar mane? siyes fail bab kucing...aku xblh nk agak umo kucing huhu

Jna marcello October 4, 2012 at 1:21 PM  

knnn syokk jee baca entry dye ;))

Anak Jati KL October 5, 2012 at 9:52 AM  

Kucing saya nama Miko.

Ann October 15, 2012 at 3:17 PM  

@jna
betul3...

@AJK
cute jer nama kucing tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP