Ceroboh waktu siang

10 August 2012

Beberapa hari lepas,  rumah aku hampir diceroboh masuk. Pintu grill masih lock lagi, cuma pintu kayu besar terbukak bila aku balik dari kerja. Aku orang pertama sampai.

Masa sampai tu, meja makan ditarik ke arah pintu grill. Maybe guna pencangkuk kot. Tak tahu lah. Barang-barang atas meja tu bersepah. Ada duit atas meja tu rm250. Duit sewa osmet aku tapi aku yang pegang. Jadi terpaksalah aku ganti. Salah aku jugak sebab cuai. Huhu...

Aku dengan osmet-osmet yang lain pelik, macam mane lak kebetulan pencuri tu tau ada duit atas meja. Dah la masa siang lak tu. Sebab jalan depan rumah aku dikira kawasan lalu lalang. Berani betul.

Waktu raya cenggini lah, benda-benda macam ni boleh jadi lak. Tak dapat lah nak beraya sakan.

Memang aku haramkan dunia dan di akhirat duit tu.

Report polis dah buat.

Perasaan masa tengok rumah macam tu, rasa seram sejuk.




1 soseh-soseh:

Aujinz August 14, 2012 at 3:28 PM  

erm erm erm.. itu hari rumah jiran pon kena macam tue.. depa kata diorang "pancing".. tak tau aa pancing macam mana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP