astro masuk parlimen

16 June 2011

Semalam, astro jadi topik perdebatan kat parlimen. Yess rupanya YB-YB pun tak puas hati jugak dengan astro ni. Antara ketidakpuasan yang ditimbulkan ialah harga mengikut package yang disediakan sedangkan stesen tv berbayar di oversea tidak ada package, bila hujan jer..terus signal jadi hancuss, cerita-cerita asyik diulang tayang. Malah, keuntungan astro lebih dari bank. Pendek kata, astro hanya pentingkan keuntungan berbanding kualiti.

---------------

Minggu lepas, ada member aku suarakan ketidakpuasan hati kenapa bila nak tengok maharajalawak, kena langgan channel baru. Macam tak patut...erm apalagi,dia layan kat youtube sudah.

Aku yang dengar ni pun menyuarakan, "Sebenarnya, aku dah lama geram dengan astro..huh aku benci astro". Cehh bercakap macam pernah jer langgan astro.

Aku tengok kat kolej dulu-dulu pun, dah cukup buat aku rasa tak nak langgan astro. Kualiti tak semenggah dengan harga yang dibayar.






3 soseh-soseh:

yott June 16, 2011 at 4:19 PM  

nak tgk apa tindakan lnjt pihak yg berkenaan & astro..
mmg x puas hati gak dgn caj dan service astro..

± June 17, 2011 at 2:57 AM  

x penah subscribe astro. ya, aku memang outdated

Aujinz June 18, 2011 at 8:00 AM  

aku pun tak puas hati ngan Astro.. hohoho..

nie pun nak naikkan lagi caj..
Bangang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP