Cukup syarat: Update Mei

17 May 2011

Dah tengah bulan Mei, satu habuk entri bulan ni belum ada lagi. Kemana mood aku berblogging ni pergi???

Banyak jer benda nak share tapi sama ada tak sempat, tak ada idea atau sebab paling common ialah malas.

Alhamdulillah kerja berjalan lancar so far, dapat bos-bos yang sangat baik, rakan sekerja yang tak kedekut ilmu dan tak lokek kalo perlukan apa-apa bantuan. Hampir setiap hari boleh ketawa, gelak-gelak tak kira dengan bos-bos apatah lagi dengan member2 satu opis.

Tengah meeting pun boleh bergurau lagi.

Bos: Ann mintak TV kan?. (Sebenarnya aku main-main jer, bukannye serius mintak pun).

Hakam : Ann, haritu siapa mintak Astro?.

Ann: Dia...Dia. (Sambil tunjuk ke En. Ali, project manager. Dia ar bagi tau bos konon aku mintak tv).

En. ali tunduk jer sambil gelak kihkihkih.


--------------

En. ali tu., mula-mula aku ingat paling garang tapi rupanya boleh jer bawak bergurau...kepala gila-gila jugak. Janji kerja jalan. Kalo tak, membebel jugak dia tuh.





1 soseh-soseh:

Aujinz May 17, 2011 at 12:30 PM  

tau pun dah tengah bulan.. hahahhaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP