Makin tertutup makin seksi ke?

08 January 2011

Ada satu perkara yang aku dengan member-member aku musykilkan. Member aku cerita lah yang boyfriend dia suruh jangan pakai contact lens yang kaler-kaler tu, pasal nampak seksi. So, kitaorang ni terkejut lah. Mata kaler-kaler pun nampak seksi ke? Tapi aku tetap suka warna mata aku, bersyukur jer lah apa yang tuhan dah jadikan. Tak yah ubah.

Ada bagi pandangan dari seorang lelaki (ramai), perempuan berbaju kurung lagi nampak seksi. Tang mana seksi pun aku tak tahu lah. Perempuan sopan berbaju kurung pun seksi ke? Pelik ar.

Ini lagi perkara pelik lah yang aku dengar dari member aku. Katanya, coursemate dia..of course lah lelaki, suka skodeng budak-budak perempuan bertudung labuh dengan member-member lelaki yang lain kat kolej. Lagi bertambah konfius, bagi diorang, budak-budak bertududng labuh lagi seksi. Camane diorang ni nampak budak-budak bertudung labuh seksi eh? Elok-elok semua dah tertutup kecuali muka dan tapak tangan lah.

Dah pakai ketat-ketat dan tak cukup kain semua, dah tentulah nampak seksi. Tapi kalo pakai semua tertutup, still nampak seksi bagi lelaki.......nak pakai macam mana lagi supaya tak nampak seksi?





Kalo pakai macam kat atas ni, mesti ada yang kata, "Mata dia seksi lah".  *Sumber gambar:google*


Tolong leraikan kekusutan ni. Member aku nak tanya selepas kahwin, tapi lambat sangat lah. Jadi aku tulis kat blog terus jer, harap-harap ada respon baik dari lelaki mahupun perempuan yang tahu dari suami, saudara-mara or member-member lelaki. Aku nak tanya direct, segan lah lak kan. *Untung ada blog hehe*

*Aku tak suka pakai jubah, bagi aku seksi lah.


20 soseh-soseh:

Fuz January 8, 2011 at 1:53 PM  

tak semestinya yang berkemban dan terdedah itu seksi.

aku pernah nampak orang berlitup, tapi for me. dia lagi seksi dari taylor swift.

Lan Bingka January 8, 2011 at 2:19 PM  

antara gadis berbaju kebaya dengan gadis berbaju kurung, saya lagi suka yg berbaju kurung..;)

Unknown January 8, 2011 at 2:19 PM  

tp bagi sy pmpuan pakai tudung labuh atau jubah ke? baju kurung ke? sy x nmpk seksi pun? nampak cantik ada! seksi xde... itu pandangan sy la

yott January 8, 2011 at 4:17 PM  

slalu jgk dgr lelaki ckp mcm ni..tp masih x fhm kat mana yg seksinya tu..

niesz January 8, 2011 at 7:29 PM  

yg penting niat kena btul..ehe..

Wanie-san January 8, 2011 at 10:20 PM  

taste lelaki ni mcm2 dan pelik2..huhu

Aujinz January 8, 2011 at 11:53 PM  

seksi itu subjektif bagi aku..

tak semestinya terdedah sana sini tue seksi. itu seksa...

tak tau.. macam aku lebih tertarik pada yang pakai baju kurung..koh koh koh

ftrhd January 9, 2011 at 11:52 AM  

frankly say korang mesti tau kan bahagian seksi tu adalah bahagian yang menonjol..tak kira pakai tutup macam mana pun still akan ternampak walaupun sedikit.. apa pun lebih baik tutup saja supaya peratus tarikan mata tu dapat dikurangkan...


Fakta: lelaki zaman sekarang ni dalam sehari, lebih 30 kali diorang terangsang..sebab perempuan lah erkkk

Sir Marcello January 9, 2011 at 11:56 AM  

meh sini nak kongsi istilah seksi dimata lelaki...

ramai salah anggap seksi itu lucah, gedik dsb....seksi adakalanya positif dimata kami...

seksi nie ibarat daya tarikan...setiap orang menilai keseksian itu dengan cara masing2...hanya pervert jer menilai seksi itu dengan cara yang salah...

ftrhd January 9, 2011 at 12:00 PM  

@Sir Marcello

erm.. kalau tarikan yang positif, itu bukan seksi kot.. itu pesona wanita.. seksi bagi aku lebih kepada hal negatif ar..

Ann January 9, 2011 at 4:29 PM  

@peminat katie holmes
knp bertudung litup nmpk lg seksi?

@lan
ye ke? malangnyer ak dlm golongan yg mls bbaju krung..huhu

@nik
tak seksi, tp cntik....lg ok dr seksi tp seksa..hehe

@yott
tu lah yott...mmg tak phm lah

@niesz
niat pompuan semata2 nk nmpk cntik, tp ade bg lelaki len dorg pdg lak..

@wanie
tu lah wanie...mcm2 lah...

@aujinz
sorg lagi suka pompuan bbju kurung, asal jgn sbb nmpk seksi dah ler..hehe



@fitri
huhu takut ngn fakta tu...terkedu aku...mybe sbb yg pakai tudung litup yg kain licin, ikut bentuk tubuh kot..tu yg nmpk seksi skit, tu la psl ak xsuka pakai jubah

@sir marcello
ak sllu pk yg negative jer lah, kalo seksi yg positif.. mybe boleh diterima kot, jgn pergi bayang yg bukan2 dh ler...kata org, lagi tertutup, imagine tu lg luas...

@fitri
same lah kita, pk cmtu gak..:D

MR.Z January 9, 2011 at 8:34 PM  

setiap orang ada pandangannya sendiri.. tak semestinya tengok perempuan dah kata seksi, ada juga org kata mata yang seksi.. orang kata, bukan ak kata.. haha.. btw mcm biasa, ianya subjektif..

Unknown January 10, 2011 at 12:07 PM  

btol tu! bgi sy pakai tudung adalah cantik dan comel! yg pakai x cukup kain bru la seksi... hehe

MOMMY CGG January 10, 2011 at 1:45 PM  

maybe sebab sexy tu universal..
so undefined:)

Aku January 10, 2011 at 2:29 PM  

kalau dah spesies gatal tu bukannya kira.yang bertudung lingkup pun seksi.imaginasi seorang lelaki...

deCrewz January 11, 2011 at 12:09 AM  

Hais.. Memak pelik la member tu... Mungkin ada problem ngan nafsu dia kot...ngeee..

Anonymous January 12, 2011 at 4:29 PM  

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel

AmiratunNadhirah January 14, 2011 at 7:48 AM  

salam,

asal nama jer perempuan kalau keluar rumah dan pakai apa pun tetap nampak seksi/cantik di mata lelaki kerana apabila seorang perempuan keluar rumah syaitan akan menghiaskan perempuan itu supaya lelaki nampak mereka cantik dan tertarik.

oleh itu pakailah pakaian yang menutup aurat walaupun tetap akan nampak seksi/cantik.at least pahala pun dapat...hehehe


p/s: menutup aurat tu bukan utk nampak cantik ye. ;)

jejaka anggun January 15, 2011 at 10:55 AM  

siapa yg kata bertutup litup tuh sexy mmg bingai. tuh namanya gatal nak main jer. tolak batu ngan kayu. tp mesti dorg pikir kalo batu atau kayu tuh ukir bentuk pompuan pun sexy kot?

Rina Rossoneri January 19, 2011 at 11:56 AM  

lecturer kita pernah buat satu kenyataan yang mengejutkan satu kelas,haha,'kamu perempuan pakai makin tutup makin nampak seksi'.. haha masa tu lah baru tau pandangan lelaki dari sudut itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP