Rezeki datang dengan usaha

05 October 2010

Aku sejak kecik lagi, aku dah usaha sendiri untuk dapatkan apa yang aku nak. Tanpa meminta-minta dari mak ayah aku walaupun untuk sebatang pen yang berharga kira-kira RM 4-5.

Ketika aku darjah 2 atau 3, aku dengan lagi 2 adik aku selalu pinjam raket badminton dari jiran. Sebab aku dah rasa segan sebab kerap pinjam, aku ambil jalan dengan menabung. Alhamdulillah dapat beli 4 batang raket selepas tu. Dapat main secara group lagi.

Aku pernah cakap kat mak ayah aku, aku nak kerja selepas form 3. Kerja sambil belajar. Teruk kena marah. Bimbang aku hilang minat belajar. Entah macam mana niat tu datang.

Ketika tamat SPM, aku luahkan niat aku untuk kerja sambil tunggu offer. Ayah aku tak bagi tapi terpaksa dalam rela sebab aku berdegil nak kerja jugak. Tanpa pertolongan ayah aku, aku sendiri bayar yuran matrikulasi sebanyak RM 600 dengan gaji aku.

Begitu jugak ketika sambung degree. Mula-mula daftar, duit pendahuluan PTPTN tak cukup untuk menampung duit register. Tambah guna duit sendiri hasil penat lelah kerja.

Selalunya ketika cuti sebulan (cuti antara semester 1 dan 2), aku ambil upah potong ikan bilis. Walaupun tak banyak, tu pun nama nya rezeki jugak.

Dan aku sendiri pernah jalankan biz baiki komputer di kolej aku menginap.

Kini, mak ayah aku terkejut dengan apa yang aku buat masa aku balik kampung weekend baru-baru ni.

Kata ayah aku,"Ana nak buat, dia terus buat..tak tanya dah orang lain". Terkejut sebab aku berani ambil risiko dan sebenarnya diorang pun sangat risau. Aku yakinkan diorng jugak. Betul..aku tak tanya sesiapapun even kawan sendiri.

Kata emak ayah aku, diorang akan doakan aku jadi orang yang berjaya.

Bagi aku lah kan, taraf hidup seseorang takkan berubah selagi diri sendiri tak berusaha untuk berubah. Tak guna mengeluh tanpa usaha bila tak ada duit. Tak cukup hanya berpeluk tubuh, dan jangan memohon rezeki tanpa berusaha. Insyaallah rezeki itu akan datang dengan usaha kita.

Apapun aku akan cuba tidak menyesali jika apapun yang berlaku sebab dah takdir Allah swt nak jadi macam tu. Yang penting, aku dah berusaha. 

ps: Sebenarnya aku memang minat berniaga dari dulu lagi dah. Like father, like daughter.


4 soseh-soseh:

Aujinz October 5, 2010 at 9:21 AM  

I laik meniaga too..
kuh kuh kuh..

Aku October 5, 2010 at 1:41 PM  

bagus tu ann

Sir Marcello October 5, 2010 at 4:20 PM  

aku selalu cakap kat member..kalo nak hidup cam orang lain...makan gaji jer cukup...

tapi kalo nak kaya? mesti berniaga...miyahaha~

Ann October 5, 2010 at 4:29 PM  

@marcello
tol tu..aku sokong...tp makan gaji jer, xcukup sbb brg2 naik..tp gaji xnaik2...tmbah2 lg..beban makin btambah

nak xnak kene cari inisiatif lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP