Asyik dia je betul

24 October 2010

"Kat Kuantan pun ada UIA", tegas aku.

"Mana ada. Kat Gombak jer ada", macam tu lah lebih kurang. Dia tetap cakap kat kuantan tak ada UIA.

Aku dah cakap aku lalu depan UIA tu hampir setiap minggu kalo aku jalan kaki dari hospital ke kuantan parade. Setiap kali lalu aku akan tengok pagar depan dia dan tertera nama UIA tu.

Ini perbualan masa aku form 5 dulu. Bengang jugak. Dia ajer yang betul. Sakit betul hati.

Budak-budak kelas aku tak heran bila dapat tau dia penah jadi debater (peringkat sekolah, zon..negeri aku tak pasti) dan pernah menang. Patutlah perangai serupa itu.

------------------------------------------

Mesti pernah jumpa orang yang asyik dia jer betul.Nak jugak tegakkan pendapat dia. Kadang-kadang membuatkan aku sakit hati dan pening kepala dengar hujah mereka. Kadang-kala tak masuk akal pun. Ada jugak yang betul tapi biar lah cara penyampaian tu jangan sampai menjatuhkan orang lain dan merepek.

Kadang-kala sukar nak terima pendapat orang lain. Jadi aku terpaksa mengalah. 

Aku hanya mengiyakan apa jer sebab nak elakkan ketegangan. Biarkan dia bercakap. Bagi peluang je. Aku pun, "ye la", " betul lah". Aku jadi pendengar jer lah, selagi boleh dengar..aku dengar. Penat sebenarnya asyik berdebat. 

Selalunya aku akan elak berborak panjang.

Lagi satu, yang membuatkan aku sangat hormat akan seseorang bila dia akui kesalahan dia. Pernah seorang pensyarah lelaki mintak maaf pada aku bila sedar dia salah. Terus aku respek. Bukan senang nak jumpa orang yang lebih tinggi, berilmu dan berkedudukan minta maaf. Ego tu letak ke tepi. KAGUM!


*pesanan untuk diri jugak.


5 soseh-soseh:

SDS October 24, 2010 at 8:19 AM  

erk, org yg cerdik akan mengakui kesalahan diri sendiri...btol x?

Zezebel October 24, 2010 at 9:18 AM  

Salam kenal.
Untuk orang yang macam tu, tunjuk jer bukti. Baru dia nak mengaku yang dia salah tu. Sebab tu di dunia ni kena ada Mahkamah. Sebab ramai orang taknak mengaku salah. Hahahahaha....

Mohd Naim October 24, 2010 at 1:25 PM  

tak bestlah tak bertengkar utk pertahankan pendapat....

tak boleh sembang panjang2...kalau cakap asyik setuju jer...sekejap sembang pun dah abes...

huhuhu!!!

Ann October 24, 2010 at 6:20 PM  

@sds
yerp...betul

@zezebel
kene jd lawyer ar ni..hehe

@naim
penat tau nk btengkar...kalo bbincang elok2 lg best

Sir Marcello October 24, 2010 at 9:30 PM  

ramai orang pikir dia sentiasa betul...dan jarang pula nak mengaku kesalahan diri sebab terlampau sangat pikir diri sendiri betul...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP