Roti Canai di Tengah Malam

28 July 2010

Tengah malam macam ni, mesti perut berasa lapar. Kalo kat rumah famili kat kampung, kitaorang memang suka makan lewat malam.

Siapa-siapa yang berasa lapar tu mula lah tanya ada sesiapa nak makan tak. Biasa nya ayah aku, adik-adik aku takpun aku. Mak aku kadang-kadang je.

Biasa kalo tengah malam macam ini, roti canai je yang ada jual.

Kalori sekeping roti canai kan bersamaan joging sepanjang 5km. Aku biasanya makan 2 keping roti canai. Bayangkan lah berapa kalori aku sedut waktu tengah malam.

Ayah aku tanya: Ana nak makan roti canai? Berapa keping?

Aku berfikir dengan lama. Sejak aku tau kalori roti canai tinggi, aku cuba berazam untuk makan sekeping je.

Aku jawab: Satu je.

Ayah aku sambil senyum..dah tau tabiat aku: Aih cukup ke?

Aku jawab dengan laju: Cukup-cukup.

Dah sampai roti canai. Adik tukang beli. Kitaorang pun makan ramai-ramai. Sekali lebih satu.

Ayah: Ana nak tak roti ni?

Aku: Nak!

Ayah aku sambil perli: Tadi kata cukup je satu.

Aku pun amik dengan senyuman yang paling menawan. Ceh. Padahal cover malu. Entah-entah kan sengaja je beli lebih satu.

ps: Rindu ar nak makan lewat malam dengan famili aku. Dah lama tak balik kampung.

10 soseh-soseh:

gnesop July 28, 2010 at 12:48 AM  

mlm2 mmg best perkena roti canai dan teh tarik

jejaka anggun July 28, 2010 at 12:53 AM  

satu cukup la....

Ann July 28, 2010 at 1:02 AM  

@sop
perghhhhh nikmat lah....

@JA
baik JA! hehe...

De'din July 28, 2010 at 1:11 AM  

roti+bola+tgh malam=perghhhhhh

Kiko Berdendang July 28, 2010 at 1:25 AM  

Jangan amalkan selalu taw..nanti begam badan tu..nak turun satu hal la plak..huhu

Nas July 28, 2010 at 1:47 AM  

pergh..
sedapnyer roti canai..
lapa2..
huhuhu

MOFASAD July 28, 2010 at 8:40 AM  

nak jugak satu!!!


:(

hanie July 28, 2010 at 9:24 AM  

haha..kitaorg xde aktiviti mkn lewat ni..
salu belah petang jek..jalan2 cari pasal smbil penuhkan perut..

hehehehe

AngahSayang2314 July 28, 2010 at 10:45 AM  

ann kalau sesekali kita berlonggok ngan keluarga memang seronok lagi kalau huha2 kan???

HEMY July 28, 2010 at 10:53 AM  

aku takleh la mkn roti canai bawak balik umah..macam tak rasa nk makan sangat..satu nk habis kan payah..

kalau layan kat kedai tu leh plak 2 keping kadang2..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP