Bola, Rokok dan ......

13 June 2010

Memang sayang rumah sewa aku tak dapat channel TV1. Tak clear..hitam putih. Macam zaman P. Ramlee dulu-dulu. Jadi terpaksa lah buat 2 hari ni aku layan worldcup kat luar. Hari pertama, aku tengok kat kedai mamak. Langsung tak best tau. Dengan bau asap rokoknya, dengan bunyi bising dari meja sebelah pasang lagu tamil dari handphone dia, dan langsung tak dengar game. Habis bau baju kitaorang dengan asap rokok.

Layan 1st game..game pembukaan. Antara Afrika Selatan dengan Mexico. Aku panggil mamak tu, aku rasa tuan empunya kedai tu.


Aku. "Mamak, tolong kuatkan volume tv."

Alasan tauke:"Tak boleh lah. nanti customer panggil order, nanti tarak dengar".

Ok. Pulang dari kedai ke rumah, kita orang pusing-pusing lah nak tengok kot-kot ada kedai yang tayang worldcup. Jumpa lah gerai-gerai dekat dengan rumah je. Bestnyer ada skrin besar. Ok kitaorang decide tengok kat situ esok.

2nd day. Kitaorang layan kat gerai-gerai yang pasang skrin besar tu. Layan 2 game kat situ. Korea Selatan vs Greece dengan Argentina vs Nigeria. Masa layan 1st game tu memang best. Sebab tak berapa nak ada orang. Yang ada famili-famili je. Jadi takde bau rokok. Yang penting, sound pun best.

Dah start 2nd game. Ramai budak-budak lelaki mula datang. Ada yang bawak kapel jugak. Terpaksa lah hadap bau rokok yang memening kan tu. Meja diorang dekat dengan meja kami. Tapi ada jugak yang tak hisap rokok kat meja lain. Aku agak ni lelaki yang dah kahwin kalo tengok rupa lah. Nampak matured. Kalo lah wujud zon larangan merokok kan best.

Hari ni takde game best. Esok lak layan lagi.

Nasib baik Argentina menang. Korea Selatan wakil Asea pun menang. Korea Selatan mampu menundukkan bekas juara eropah, Greece, kenapa Malaysia tak boleh? Bila lah giliran Malaysia pulak ye?

ps: Rokok tidak elok untuk kesihatan. Adik lelaki aku, pernah buat medical checkup, doktor bagitau ada tanda-tanda asma tapi tahap awal lagi. Tu pun tak insaf-insaf lagi tu. Pernah sekali dia tiba-tiba sesak nafas dan mintak aku ambilkan yang benda sedut tu. Ayah aku lak ada lelah pasal masa muda-muda hisap rokok.



5 soseh-soseh:

Farid MOFASAD June 13, 2010 at 5:58 PM  

w.c ai pilih spain la mak hayam~

KALAU ROKOK 2 AI TAK BERANI KOMEN..

SEBAB GAY2 AI NIE SEMUA KAKI SMOKE~


WAKAKAKAKAKAKA


>>__________<<

ASaDa RyutaRo June 13, 2010 at 9:30 PM  

hahaha.. kesian lak. apesal tak betulkan siaran tv1 kat rumah tu? leh atur setting rasanya..

tapi layan kat skrin besar d luar lagi best sbnrnya. tp kena order air n mkn. hahaha..

merokok... sangat membahayakan kesihatan. d mesir ni, ada fatwa kata merokok haram. tp org merokok lagi. isk.

Ann June 13, 2010 at 11:45 PM  

@farid
lu spain..wa argentina...nti tgk la, benua eropah or latin yg lbh kuat...

@asada
dh puas meng'adjust tp still hitam putih lah...
mmg best layan kt skrin besar..smp 2 kali order makan...makan mlm and supper..ntah lah, dh tau xelok tuk ksihatan..degil jugak nk pi hisap...

papabear June 14, 2010 at 12:42 AM  

tu la masalah nonton kat luar.... banyak smokers... kacau jer...

Ann June 14, 2010 at 12:36 PM  

@papabear
tu ar...hilang mood...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP