Badminton

16 May 2010


Tadi tengok Final Piala Thomas, China vs Indonesia dengan kawan-kawan serumah. Tak sangka tanpa sedar kitaorang sokong Indonesia. Saja tengok sebab nak tengok pemain solo terhebat China, Lin Dan berlawan dengan Taufik Hidayat, pemain solo terhebat Indonesia. Memang patut Lin Dan menang sebab dia hebat lagi-lagi dengan skill permainan jaring.

Ayah aku bila tengok game Malaysia, riuh satu rumah dengan suara dia bagi sokongan.

Kira-kira 2 tahun lepas, masa game Indonesia vs Malaysia. Ayah aku tengok game tu kat ruang tamu dengan adik-adik lelaki. Aku, mak aku dengan adik-adik yang lain tengok cerita lain kat tv lain.

"Senyap je suara tu, ayah sokong sape lah agaknya?", kata mak aku.

Aku senyum je la. Kalo aku ditempat ayah aku, aku pun serba salah.

Aku pernah gak tanya ayah aku dulu, ayah sokong siape bila Malaysia vs Indonesia. Ayah aku tak jawab pun soalan aku.Tu ar tanya lagi soalan bodoh.

ps: Selamat hari guru sedunia pada semua guru. Aku bekas guru termasuk tak?


2 soseh-soseh:

berd May 17, 2010 at 4:49 AM  

rumah aku takde tivi. memang seksa hidup takde tivi ni.

Ann May 17, 2010 at 1:03 PM  

tv online kan ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP